Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kurang pemain, Arsenal minta tunda aksi lawan Spurs

Perlawanan Liga Perdana England (EPL), Arsenal menentang Tottenham Hotspur hujung minggu ini ditangguhkan berikutan tidak cukup pemain akibat kes positif COVID-19, pemain yang cedera dan beberapa yang terlibat dalam Piala Afrika (AFCON).

Anggaran Waktu Membaca:
Kurang pemain, Arsenal minta tunda aksi lawan Spurs

Pengurus kelab Arsenal Mikel Arteta Steve Bardens (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Jan 2022 08:13AM Dikemas Kini : 15 Jan 2022 08:13AM

LONDON: Perlawanan Liga Perdana England (EPL), Arsenal menentang Tottenham Hotspur hujung minggu ini ditangguhkan berikutan tidak cukup pemain akibat kes positif COVID-19, pemain yang cedera dan beberapa yang terlibat dalam Piala Afrika (AFCON).

Derby London Utara itu sepatutnya berlangsung di Tottenham Stadium.

“Kami dapat mengesahkan telah membuat permohonan kepada Liga Perdana untuk menangguhkan perlawanan derby utara London Ahad ini menentang Tottenham Hotspur,” menurut satu kenyataan Arsenal.

"Kami dengan berat hati mengambil langkah ini tetapi kami mempunyai ramai pemain pada masa ini yang tidak bersedia dalam skuad kerana COVID-19, cedera dan pemain yang pulang ke negara mereka bagi AFCON."

Arsenal kini di tangga kelima liga dan berada dua mata di depan Tottenham, tetapi Spurs mempunyai dua perlawanan dalam tangan.

Dalam pada itu, perlawanan Burnley menentang Leicester City di Turf Moor pada Sabtu juga ditangguhkan selepas The Clarets kendalian Sean Dyche berdepan kes positif COVID-19 dan kecederaan dalam kalangan pemain, umum liga pada Jumaat.

"Lembaga Liga Perdana menerima permohonan Burnley kerana kelab tidak mempunyai jumlah pemain yang diperlukan untuk perlawanan (13 pemain luar dan seorang penjaga gol), disebabkan kes COVID-19 dan kecederaan," kata liga itu dalam satu kenyataan.

Perkembangan terkini itu menyaksikan 21 perlawanan liga ditangguhkan musim ini kerana kes COVID-19 dan kecederaan pemain.

Burnley kini berada di tangga ke-18 liga dengan 11 mata, manakala Leicester berada di tangga ke-10 dengan 25 mata selepas 18 perlawanan.

Sumber : AFP/SU/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa