Skip to main content

Sukan

Kunjungan Man United ke Malaysia tarik perhatian PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
Kunjungan Man United ke Malaysia tarik perhatian PM Anwar

Rasmus Hojlund (tengah) dari Manchester United meraikan gol menentang Aston Villa. (Gambar: Oli SCARFF/AFP)

KUALA LUMPUR: Kunjungan kelab bola sepak Manchester United ke Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun menggamit perhatian Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini (8 Apr).

PM Anwar, yang merupakan peminat kelab juara 13 kali Liga Perdana England itu, berkongsi catatan rasmi kelab tersebut menerusi laman Instagram beliau, mengenai perlawanan menentang pasukan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini.

"Semua negara ASEAN turun sebagai pasukan menentang Man United #ASEAN2025 #GGMU," tulisnya sambil diiringi lagu keramat Manchester United berjudul 'Glory Glory Man United'.

Kali terakhir Manchester United beraksi di Malaysia adalah semasa jelajah pramusim 2009, yang menewaskan Malaysia XI sebanyak dua kali, 3-2 dan 2-0, masing-masing pada 18 dan 20 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain perlawanan di Malaysia, juara Eropah sebanyak tiga kali itu memaklumkan dalam kenyataan hari ini bahawa jelajah pascamusim mereka turut melibatkan perlawanan menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 30 Mei.

Ini merupakan 'kepulangan' Manchester United ke Asia selepas kemenangan 4-0 menentang Liverpool di Bangkok pada Julai 2022 manakala kali terakhir mereka menjejakkan kaki di Hong Kong adalah pada 2013.

Selepas siri jelajah di Asia, Manchester United akan menentang Leeds United di Stockholm pada 19 Julai sebelum berlepas ke Amerika Syarikat untuk Siri Musim Panas Liga Perdana England menentang West Ham United (26 Julai), diikuti Bournemouth (30 Julai) dan Everton (3 Ogos).
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita