Krisis kepimpinan FIFA: UEFA, AFC, CONCACAF kecam Infantino berhubung rancangan jual hak komersial Piala Dunia
Presiden FIFA Gianni Infantino menghadiri pelantikan Abelardo De La Espriella sebagai Presiden Colombia di Cali, Colombia pada 7 Ogos 2026. (Gambar: Reuters/Luisa Gonzalez)
Dalam surat terbuka, ketiga-tiga konfederasi itu mendakwa Infantino memecahkan kepercayaan “melalui penipuan” berhubung rancangan yang kini sudah dibatalkan.
Mereka turut menuduh Encik Infantino “meletakkan dirinya mengatasi kepentingan bersama” dan menggesa semakan bebas sepenuhnya dijalankan terhadap apa yang berlaku.
“Kekuatan bola sepak sentiasa terletak pada perpaduannya,” menurut surat terbuka itu.
Mereka menggesa kepimpinan yang “berkhidmat untuk bola sepak, bukan berusaha menguasainya”.
Encik Infantino berdepan tentangan terbuka dalam dunia bola sepak selepas mencadangkan rancangan mengasingkan hak komersial Piala Dunia dan menjual 20 peratus kepentingan tersebut kepada para pelabur swasta.
Langkah itu bertujuan mengumpulkan sekitar AS$4.2 bilion (S$5.4 bilion).
Rancangan tersebut kemudian dibatalkan.
UEFA, yang disokong AFC dan CONCACAF, turut mengancam untuk memulaukan kejohanan FIFA sehingga mereka mendapat jaminan bahawa rancangan serupa tidak akan dicadangkan pada masa depan.
Ketiga-tiga konfederasi itu turut mengkritik mesyuarat tergempar FIFA di Maghribi minggu lalu kerana hanya seorang pegawai yang dipilih hadir.
Mereka menggesa semakan bebas yang tidak melibatkan FIFA dijalankan bagi menentukan bagaimana apa yang disifatkan sebagai “kegagalan pertimbangan yang serius” itu boleh berlaku.
Pada Jumaat (7 Ogos), Presiden Persekutuan Bola Sepak Norway (NFF) Lise Klaveness menggesa Encik Infantino meletak jawatan serta-merta.
Cik Klaveness, yang sudah lama lantang mengkritik Encik Infantino, dilihat sesetengah pihak sebagai calon berpotensi untuk menggantikannya.
LAPORAN BERKAITAN:
Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) menyatakan sokongan terhadap Encik Infantino bagi pihak 54 anggotanya.
Beberapa negara Amerika Selatan serta beberapa anggota AFC dan CONCACAF turut menyokongnya.
Hampir 70 daripada 211 persatuan anggota FIFA secara terbuka menyatakan mereka akan mengundi Encik Infantino, manakala sekitar 12 persatuan sama ada menarik balik sokongan yang dijanjikan sebelum ini atau menyatakan mereka tidak akan mengundinya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.