Kriket: David Warner akan jalani pembedahan siku
Naib kapten Australia yang dilarang dari bertanding, David Warner, dijangka akan menjalani pembedahan kecil di bahagian sikunya pada Selasa (22 Jan) setelah mengalami kecederaan daripada Liga Perdana Bangladesh.

Naib kapten Australia David Warner. (Gambar: Munir Uz Zaman/AFP)
SYDNEY: Naib kapten Australia yang dilarang dari bertanding, David Warner, dijangka akan menjalani pembedahan kecil di bahagian sikunya pada Selasa (22 Jan) setelah mengalami kecederaan daripada Liga Perdana Bangladesh.
Warner, bersama bekas kapten Steve Smith dan pemukul Cameron Bancroft digantung daripada pertandingan kriket antarabangsa berhubung satu skandal merubah kelajuan bola dalam satu perlawanan Ujian di Afrika Selatan Mac lalu.
Pemain berusia 32 tahun itu pulang ke Australia minggu lalu selepas menyertai Sylhet Sixers dalam pertandingan Bangladesh Twenty20 setelah beliau melaporkan mengalami kesakitan di bahagian kanan sikunya.
Siku Warner akan diperiksa di Melbourne pada Selasa, sebelum beliau dijangka akan menjalani satu pembedahan kecil, menurut cricket.com.au pada Isnin.
Laman Cricket Australia menyatakan bahawa keadaan Warner dipercayai tidak serius seperti kecederaan siku yang dialami oleh Smith, juga semasa pertandingan Bangladesh.
Smith, 29 tahun menjalani pembedahan minggu lalu dan dijangka menggunakan pendakap selama enam minggu sebelum menjalani proses pemulihan menyeluruh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.