Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kos perbelanjaan Olimpik Brisbane 2023 mungkin jangkaui A$5 bilion

Kos menganjurkan temasya Olimpik Brisbane 2023 mungkin melebihi anggaran A$5 bilion (S$5 bilion) yang diberikan namun pemerintah Australia akan memastikan jumlah itu dibelanjakan dengan bijak, kata menteri sukan Richard Colbeck pada Selasa (19 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Kos perbelanjaan Olimpik Brisbane 2023 mungkin jangkaui A$5 bilion

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 19 Oct 2021 05:54PM Dikemas Kini : 19 Oct 2021 05:55PM

SYDNEY: Kos menganjurkan temasya Olimpik Brisbane 2023 mungkin melebihi anggaran A$5 bilion (S$5 bilion) yang diberikan namun pemerintah Australia akan memastikan jumlah itu dibelanjakan dengan bijak, kata menteri sukan Richard Colbeck pada Selasa (19 Okt).

Pemerintah persekutuan berjanji untuk menyumbang 50 peratus daripada keseluruhan kos temasya Olimpik Musim Panas ketiga Australia. Encik Colbeck pula mengaku mereka tidak menjangkakan rancangan pemerintah Queensland untuk membina semula tapak sukan kriket Gabba di Brisbane yang menelan belanja A$1 bilion (S$1 bilion).

Kosnya mungkin melebihi A$5 bilion, memandangkan infrastruktur bagi pengangkutan dan infrastruktur bagi temasya sukan itu," kata Encik Colbeck di stesen radio Brisbane 4BC.

"Pengumuman tentang Gabba itu seperti satu kejutan bagi kami semua, namun itu yang mencetuskan proses yang kita laksanakan sekarang, persetujuan ... berhubung pendanaan 50/50 infrastruktur temasya Olimpik."

Ketika membuat bidaan untuk menganjurkan temasya Olimpik, Brisbane memberi lebih banyak penekanan terhadap penggunaan tempat-tempat sedia ada, termasuk padang kriket Gabba bagi acara pembukaan dan penutup serta sukan balapan.

Pihak penganjur Beijing mendakwa memperolehi keuntungan operasi sebanyak 1 bilion yuan (S$210 juta) menerusi penganjuran Olimpik 2008 namun kos kepada bandar itu, termasuk membina sebuah lapangan terbang baru dan laluan kereta api serta penutupan kilang, dianggarkan bernilai AS$40 bilion (S$53 bilion).

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan