Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kos muktamad Sukan Olimpik Tokyo 2020 berjumlah S$14.4 bilion

Sukan Olimpik Tokyo 2020, yang diadakan pada 2021 selepas ditangguhkan selama setahun disebabkan pandemik koronavirus, menelan belanja 1.42 trilion yen (S$14.4 bilion).

Anggaran Waktu Membaca:
Kos muktamad Sukan Olimpik Tokyo 2020 berjumlah S$14.4 bilion

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 22 Jun 2022 02:17PM Dikemas Kini : 22 Jun 2022 02:17PM
TOKYO: Sukan Olimpik Tokyo 2020, yang diadakan pada 2021 selepas ditangguhkan selama setahun disebabkan pandemik koronavirus, menelan belanja 1.42 trilion yen (S$14.4 bilion).

Jumlah itu hampir seganda jumlah yang ditaksirkan dalam bidaan bandar itu bagi Sukan tersebut, menurut laporan akhir belanjawan.

Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 mengadakan sidang terakhirnya pada lewat hari Selasa dan ia dijangka dibubarkan pada hujung bulan ini.

Tokyo memenangi Olimpik pada 2013, menjadikan ia diyakini untuk menganjurkan temasya Sukan itu tanpa sebarang kesilapan serius, dan dengan jumlah wang banyak yang sudahpun ada di dalam bank.

Bagaimanapun, kosnya naik melambung menjelang temasya Sukan tersebut, termasuk bagi membina semula Stadium Kebangsaan baru yang digunakan bagi upacara pembukaan dan penutup tirai serta untuk acara olahraga.

Kos yang meningkat itu juga berhubung kait dengan penangguhan Sukan tersebut selama setahun dan bagi melaksanakan langkah-langkah untuk mencegah penularan koronavirus apabila ia akhirnya diadakan tanpa penonton pada 2021.

"Dalam menghadapi kesukaran yang julung-julung kalinya berlaku, semua pihak yang terlibat bekerjasama dengan bersungguh-sungguh bagi kejayaan Sukan itu dan untuk menjalankannya dengan selamat," Seiko Hashimoto, presiden jawatankuasa penganjur, memberitahu sidang media.

Sapporo, ibu kota Hokkaido, Jepun, sedang membuat bidaan untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan Musim Sejuk 2030.
Sumber : Reuters/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa