Korea Utara raih kemenangan setelah kembali ke arena bola sepak antarabangsa
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Hector RETAMAL)
JINHUA: Korea Utara kembali ke pertandingan utama antarabangsa buat pertama kali sejak pandemik COVID-19.
Pasukan bola sepak lelaki negara itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Taiwan dalam Sukan Asian pada Selasa (19 Sep).
Korea Utara menutup sempadannya yang sememangnya sudah ditutup ketat pada awal 2020 berikutan penularan COVID-19.
Negara itu juga tidak menyertai Olimpik Tokyo, yang ditangguhkan hingga 2021 disebabkan pandemik.
Korea Utara kemudian dilarang daripada menyertai Olimpik Musim Sejuk Beijing pada 2022 kerana tidak mengambil bahagian dalam Olimpik di Tokyo.
Sekalipun demikian, Korea Utara sedang bertanding di Sukan Asia di bandar China, Hangzhou, dalam beberapa sukan termasuk olahraga, gimnastik, bola keranjang, bola sepak, tinju dan angkat berat.
Sukan Asia bermula secara rasmi pada Sabtu (16 Sep), namun beberapa acara dimulakan pada Selasa, termasuk bola sepak pasukan lelaki.
Kim Kuk Jin dan Ri Jo Guk menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama ketika menentang Taiwan.
Pesaing utama, Korea Selatan memulakan perjuangan mereka untuk meraih pingat emas Sukan Asian ketiga berturut-turut pada Selasa apabila mereka menentang Kuwait.
Pasukan bola sepak lelaki Sukan Asia dibentuk dengan para pemain bawah 23 tahun, namun pasukan dibenarkan tiga pemain lebih tua.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.