Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Korea Selatan tuan rumah bagi atlit ASEAN berlatih jelang Sukan Olimpik Musim Sejuk

Di Pyeongchang, 14 atlit dari Asia Tenggara termasuk Vietnam, Thailand, Kemboja dan Malaysia berlatih bagi temasya sukan musim sejuk ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan tuan rumah bagi atlit ASEAN berlatih jelang Sukan Olimpik Musim Sejuk

Seorang atlit sedang berlatih di Pyeongchang bagi Sukan Musim Sejuk.

PYEONGCHANG: Meski cuaca di rantau ini tidak bersalji, ia tidak menghambat para atlit Asia Tenggara untuk berlatih dan bersaing dalam sukan musim sejuk.

Malah, beberapa atlit berkenaan sedang berlatih di Korea Selatan bersama para jurulatih tempatan.

Di Pyeongchang, 14 atlit dari Asia Tenggara termasuk Vietnam, Thailand, Kemboja dan Malaysia berlatih bagi temasya sukan musim sejuk ini.

Ia sejajar dengan janji Korea Selatan pada 2011 semasa negara itu mahu menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Ketika itu Seoul berjanji untuk memberi peluang kepada para atlit Asia Tenggara berlatih dalam acara-acara sukan musim sejuk.

Di bawah program tersebut, Korea Selatan membiayai semua perbelanjaan para atlit itu, termasuk tiket penerbangan mereka.

Pihak berkuasa Korea Selatan menyatakan lebih ramai atlit boleh menyertai program itu mulai tahun depan.

Program itu akan diperluaskan kepada golongan usia lebih muda serta beberapa jenis sukan musim sejuk yang lain.

Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan