Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Korea Selatan 'tidak pertimbangkan' untuk memboikot Olimpik Beijing: Moon Jae-In

Presiden Korea Selatan Moon Jae In hari ini (13 Dis) memutuskan bahawa negara itu tidak akan menyertai boikot Olimpik Beijing 2022 seperti yang dilakukan Amerika Syarikat atas sebab keperluan bekerjasama dengan China.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan 'tidak pertimbangkan' untuk memboikot Olimpik Beijing: Moon Jae-In

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Dec 2021 01:33PM Dikemas Kini : 13 Dec 2021 01:35PM

KOREA SELATAN: Presiden Korea Selatan Moon Jae In hari ini (13 Dis) memutuskan bahawa negara itu tidak akan menyertai boikot Olimpik Beijing 2022 seperti yang dilakukan Amerika Syarikat atas sebab keperluan bekerjasama dengan China.

Semasa lawatannya ke Canberra Encik Moon Jae In berkata beliau "tidak mempertimbangkan" untuk memboikot sukan Olimpik sebagai membantah penganiayaan hak asasi manusia di China, seperti yang dilakukan negara-negara Barat yang lain.

"Pihak kami tidak menerima sebarang permintaan daripada negara-negara lain, termasuk Amerika Syarikat, untuk mengambil bahagian dalam boikot diplomatik itu," kata beliau.

Menyusuli keputusan Amerika Syarikat, Australia, Britain dan Kanada untuk menarik diri daripada acara Olimpik itu, China memberi amaran bahawa pihak-pihak tersebut akan "menanggung akibatnya".

Boikot itu dimulakan sebagai membantah penganiayaan terhadap kaum minoriti Uyghur di Xinjiang dan juga sekatan demokrasi di Hong Kong.

Encik Moon menekankan walaupun Korea Selatan ingin berusaha untuk menggalak rantau Pasifik yang bebas dan terbuka, pihak mereka juga harus mempertimbangkan peranan China dalam mewujudkan keamanan di semenanjung Korea itu.

"Kami memerlukan usaha-usaha membina oleh pihak China untuk membolehkan penghapusan senjata nuklear di DPRK (Korea Utara)," kata beliau, sekali gus menambah bahawa Seoul ingin menjalin hubungan harmoni dengan Beijing.

Encik Moon kini berada di Australia bagi lawatan rasmi selama tiga hari untuk memeterai perjanjian bagi kerjasama teknologi dan tentera antara kedua-dua negara itu.

Ini termasuk penjualan 30 buah 'howitzer', iaitu meriam bergerak, kepada Australia di bawah kontrak bernilai AS$720 juta (S$982 juta).  

Sumber : AFP/NY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan