Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Korea Selatan kalahkan Singapura 7-0

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dengan serangan bertubi-tubi daripada Son Heung-min, Korea Selatan meraih kemenangan 7-0 ke atas Singapura di Stadium Negara pada Khamis (6 Jun) dalam perlawanan yang tiketnya habis dijual.

Jaringan daripada Joo Min-kyu, Bae Jun-ho dan pemain gantian Hwang Hee-chan, di samping dua gol yang disumbat Son serta Lee Kang-in menjamin kutipan tiga mata bagi Korea Selatan. Manakala, pasukan Singa kekal di kedudukan tercorot dalam kumpulan kelayakan Piala Dunia mereka.

Di hadapan seramai 49,097 peminat, bintang Tottenham Hotspur Son terbukti memberi cabaran sengit kepada para pemain negara.

Korea Selatan sedang menduduki tangga ke-23 dalam Ranking Dunia FIFA, sementara Singapura berada di kedudukan ke-155.

Ini merupakan perlawanan kedua di padang sendiri bagi ketua jurulatih pasukan Singapura, Tsutomu Ogura. Singapura sebelum ini mencatat keputusan seri 2-2 semasa menentang China dalam perlawanan pertama di bawah pimpinannya, sebelum tewas 1-4 dalam perlawanan menentang pasukan yang sama di Tianjin.

Singapura kecundang dalam dua perlawanan pertama mereka dalam kumpulan kelayakan itu November lalu, dengan kekalahan 3-1 kepada Thailand dan 5-0 kepada Korea Selatan dalam perlawanan berbalik di Seoul.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan