Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Konsortium pimpinan Todd Boehly bakal pemilik baru Chelsea

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Chelsea menyatakan pada Sabtu (28 Mei) bahawa penjualan kelab Liga Perdana England (EPL) itu kepada konsortium yang diterajui oleh Todd Boehly, pemilik bersama pasukan besbol Los Angeles Dodgers, dijangka selesai pada Isnin (30 Mei).

Kerajaan Britain dan EPL sudah meluluskan pengambilalihan kelab tersebut yang dianggarkan bernilai £4.25 bilion (S$7.38 bilion).

Kelab dari London itu dijual oleh pemiliknya, Roman Abramovich pada awal Mac, beberapa hari sebelum kerajaan Britain mengenakan sekatan terhadap Abramovich atas pencerobohan Rusia di Ukraine.

Kerajaan Britain menyifatkan Abramovich sebagai sebahagian daripada 'orang dalam' Presiden Rusia Vladimir Putin. Abramovich juga dikenakan sekatan oleh Kesatuan Eropah (EU).

"Kelab Bola Sepak Chelsea mengesahkan bahawa perjanjian muktamad telah dimeterai malam semalam untuk menjual kelab itu kepada konsortium Todd Boehly/Clearlake Capital," umum kelab tersebut dalam kenyataannya.

"Urus niaga berkenaan dijangka selesai pada Isnin."

Pemerintah Portugal juga telah mengesahkan penjualan itu.

Kelulusan Portugal diperlukan kerana Abramovich memegang pasport negara tersebut.
Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan