Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Konsortium Boehly, Wyss buat tawaran ambil alih Chelsea

Anggaran Waktu Membaca:
Konsortium Boehly, Wyss buat tawaran ambil alih Chelsea

Kelab bola sepak Chelsea. (Gambar: JUSTIN TALLIS / AFP)

NEW YORK: Sebuah konsortium yang diketuai pelabur Amerika Syarikat Todd Boehly dan hartawan Switzerland Hansjoerg Wyss dijangka membuat bidaan untuk membeli Kelab Bola Sepak Chelsea sebelum akhir minggu ini, lapor Reuters menukil akhbar Telegraph pada Khamis (3 Mac).

Pemilik kelab London itu, Roman Abramovich dari Rusia berkata pada Rabu (2 Mac) beliau akan menjual Chelsea, selepas 19 tahun membeli kelab Liga Perdana tersebut, di tengah-tengah seruan di Britain untuk mengenakan sekatan terhadapnya menyusuli serangan Moscow ke atas Ukraine.

Keputusan itu membuka peluang yang jarang berlaku untuk membeli kelab utama Liga Perdana, mencetuskan spekulasi yang meluas mengenai pemilik barunya.

Boehly dan Wyss sedang bekerjasama dengan sekurang-kurangnya satu lagi rakan kongsi lain, kata Telegraph, sambil menambah walaupun terdapat pembida lain, Boehly dan Wyss mungkin mempunyai kelebihan dari segi kewangan untuk mengambil alih kelab tersebut.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan