Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Klopp puji semangat juang Liverpool tanpa Van Dijk

Jurgen Klopp memuji semangat juang Liverpool yang membuktikan mereka boleh bertahan tanpa Virgil van Dijk apabila mereka menang 1-0 di Ajax semasa perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara pada Rabu.

Anggaran Waktu Membaca:
Klopp puji semangat juang Liverpool tanpa Van Dijk

Jurgen Klopp. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Oct 2020 10:31AM Dikemas Kini : 22 Oct 2020 10:33AM

AMSTERDAM: Jurgen Klopp memuji semangat juang Liverpool yang membuktikan mereka boleh bertahan tanpa Virgil van Dijk apabila mereka menang 1-0 di Ajax semasa perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara pada Rabu.

Pasukan kendalian Klopp dijangka beraksi tanpa Van Dijk untuk seluruh musim ini selepas pemain dari Belanda itu mengalami kecederaan ligamen pada lutut ketika menentang Everton hujung minggu lalu.

Para pengkritik mendakwa Liverpool akan menghadapi kesukaran tanpa Van Dijk, tetapi pemain tengah dari Brazil, Fabinho menunjukkan prestasi baik dalam gandingannya dengan Joe Gomez di benteng pertahanan.

Walaupun ia bukan permainan terbaik mereka, ada kalanya tuah menyebelahi Liverpool terutama sekali apabila Nicolas Tagliafico melencongkan gol yang nyaris dijaringkan Sadio Mane ke gawang sendiri pada separuh masa pertama.

"Ia tidak sempurna tetapi mereka berjuang dengan hebat sekali. Kami tidak memanfaatkan peluang kami, malangnya, dan Ajax mempunyai satu peluang baik tetapi terkena tiang.

"Apabila anda mendahului 1-0, perkara begini boleh terjadi. Tetapi secara keseluruhan saya gembira dengan persembahan ini," kata Klopp.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan