Skip to main content

Sukan

Klopp 'jelmaan' pengurus legenda Liverpool Bill Shankly

Jurgen Klopp disifatkan sebagai 'jelmaan' pengurus legenda Liverpool, Bill Shankly.

Anggaran Waktu Membaca:
Klopp 'jelmaan' pengurus legenda Liverpool Bill Shankly

Jurgen Klopp. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Jun 2020 09:11AM Dikemas Kini : 27 Jun 2020 09:13AM

LONDON: Jurgen Klopp disifatkan sebagai 'jelmaan' pengurus legenda Liverpool, Bill Shankly.

Demikian menurut penjaga gawang legenda kelab berkenaan, Bruce Grobbelaar selepas The Reds menjulang mahkota Liga Perdana England (EPL) buat pertama kali sejak 30 tahun lalu.

Liverpool dinobat sebagai juara EPL selepas pesaing utamanya Manchester City yang juga juara bertahan EPL tewas 1-2 di tangan Chelsea pada Khamis (25 Jun).

Grobbelaar - antara pemain yang menyarung jersi pasukan tersebut ketika menjulang trofi berkenaan 30 tahun lalu - berkata, Klopp mempunyai kelebihan untuk membina Liverpool menjadi pasukan yang sama hebatnya semasa di bawah bimbingan Shankly.

"Klopp adalah salah seorang pengurus yang akan terus mencipta sejarah," kata Grobbelaar. "Saya menyamakannya seperti Shankly."

"Beliau berjaya menyatukan semua pemain dan membolehkan kami menjulang trofi berprestij itu sekali lagi. Beliau seorang yang teguh perwatakannya, beliau begitu bijak."

Grobbelaar - yang dalam tempoh sedekad menjulang pelbagai trofi termasuk enam trofi liga dan Piala Eropah 1984 - berkata, dengan begitu banyak rekod yang diburu musim ini, Klopp tentu sekali tidak akan membenarkan pemainnya berehat panjang.

"Beliau akan memastikan mereka terus berusaha gigh - kita mempunyai perlawanan menentang City," kata Grobbelaar.

"Kita yakin rekod 100 mata boleh dicapai musim ini. Jurgen akan melakukannya. Beliau akan memastikan semua pemain bermain dengan bersungguh-sungguh sehingga ke hujung musim ini."

"Kami belum lagi tewas di Anfield musim ini, jadi rekod itu mesti dipertahankan."

Menurut Grobbelaar, ia sungguh mengecewakan apabila pasukan itu tidak dapat meraikan kejayaan mereka bersama para penyokong seperti yang dilakukannya pada 1990 disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang sedang menular sekarang.

"Ini tidak akan berlaku hari ini jika tidak kerana COVID-19," katanya lagi.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita