Klopp intai peluang julang mahkota EPL; City cuba lanjutkan penantian Liverpool
Penantian Liverpool selama 30 tahun untuk menjulang piala Liga Perdana England (EPL) mungkin berakhir minggu ini tetapi pasukan tersebut terpaksa mengharapkan pesaing utamanya Manchester City tercicir mata di Chelsea.
LONDON: Penantian Liverpool selama 30 tahun untuk menjulang piala Liga Perdana England (EPL) mungkin berakhir minggu ini tetapi pasukan tersebut terpaksa mengharapkan pesaing utamanya Manchester City tercicir mata di Chelsea.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu akan bermain di padang sendiri apabila berdepan dengan Crystal Palace di Anfield selepas 110 hari perlawanan EPL digantung gara-gara penularan COVID-19.
Keputusan seri tanpa jaringan semasa menentang Everton di Goodison Park Ahad lalu membantutkan harapan Liverpool untuk dinobat juara EPL.
Namun, sekiranya anak didik Klopp menang, City juga perlu meraih kemenangan di Stamford Bridge 24 jam kemudian untuk memanjangkan lagi penantian Liverpool.
Palace adalah pasukan pelawat terakhir yang meraih kemenangan di Anfield lebih tiga tahun yang lalu.
Pasukan Eagles menang 2-0 di Bournemouth Sabtu lalu untuk merapatkan jurang bagi melayakkannya bertanding dalam Piala Europa pada musim depan.
"Saya lihat Crystal Palace dan mereka seperti mesin yang cukup lancar. Gawang mereka gagal dibolosi dalam empat perlawanan berturut-turut.
"Jadi tugas kami pasti sukar 100 peratus, saya sedar perkara itu. Tetapi itulah keadaan Liga Perdana, jadi tiada masalah bagi kami," kata Klopp.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.