Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Klopp bersetuju dengan sekatan terhadap pemilik Chelsea

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, bersimpati kepada penyokong Chelsea namun bersetuju dengan keputusan pemerintah United Kingdom (UK) untuk mengenakan sekatan terhadap Roman Abramovich.

Anggaran Waktu Membaca:
 Klopp bersetuju dengan sekatan terhadap pemilik Chelsea

Kelab bola sepak Chelsea. (Gambar: JUSTIN TALLIS / AFP)

BRITAIN: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, bersimpati kepada penyokong Chelsea namun bersetuju dengan keputusan pemerintah United Kingdom (UK) untuk mengenakan sekatan terhadap Roman Abramovich.

Pemilik Chelsea itu merupakan antara tujuh oligarki Rusia yang dibekukan asetnya sejak Khamis lalu (9 Mac) berikutan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine.

Abramovich, yang keseluruhan hartanya di UK dianggarkan sekitar £9.4 bilion (S$16.6 bilion), sebelum ini dilihat bergambar dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Chelsea diberikan lesen sukan khas untuk meneruskan urus niaga dan beroperasi sebagai sebuah kelab bola sepak namun satu lagi sekatan dikenakan ke atas mereka.

Ia termasuk sekatan penjualan tiket, di mana hanya pemegang tiket semusim dibenarkan untuk menghadiri perlawanan manakala kelab itu juga tidak boleh membeli, menjual atau menawarkan kontrak baru buat mana-mana pemain.

Ia menimbulkan keraguan mengenai masa depan kelab itu namun Klopp menegaskan bahawa keputusan yang diambil pemerintah negara itu merupakan sesuatu yang tepat berdasarkan apa yang sedang berlaku di Ukraine.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan