Skip to main content

Sukan

Klopp akur terkejut dengan kemampuan Liverpool

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, akur beliau terkejut setelah pasukannya mencipta kejayaan dengan memenangi enam perlawanan berturut-turut dalam Liga Perdana.

Anggaran Waktu Membaca:
Klopp akur terkejut dengan kemampuan Liverpool

Liverpool menang 6 perlawanan berturut-turut Liga Perdana. (Gambar: Paul Ellis/AFP)

Diterbitkan : 24 Sep 2018 10:55AM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 10:58AM

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, akur beliau terkejut setelah pasukannya mencipta kejayaan dengan memenangi enam perlawanan berturut-turut dalam Liga Perdana.

Liverpool mengekalkan rekod mereka sejak awal musim selepas menang 3-0 dalam perlawanan dengan Southampton pada Ahad (23 Sep).

Kemenangan itu menandakan permulaan musim terbaik buat Liverpool, sejak mereka menang lapan perlawanan liga berturut-turut pada 1990-91.

Pasukan itu kini sudah memenangi tujuh perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan musim ini.

Encik Klopp berkata beliau amat terkejut dengan kemampuan Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kempen musim ini.

Malah, beliau juga mengalu-alukan lebih banyak kejayaan dalam perjalanan pasukannya.

Encik Klopp berkata: “Menang tujuh perlawanan memang menarik, tetapi cabaran akan menjadi semakin hebat selepas ini.

“Saya pernah tewas tujuh perlawanan berturut-turut dan perasaannya cukup berbeza,” tambah beliau.

Tiga gol Liverpool diperolehi menerusi hasil jaringan sendiri oleh pemain lawan Wesley Hoedt pada minit ke-10, Joel Matip pada minit ke-21 dan Mohamed Salah pada minit ke-45.

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita