Kimi Antonelli juara dunia termuda F1 pada usia 20 tahun
Kimi Antonelli dari Mercedes meraikan kejayaannya di podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dan meraih kejuaraan dunia Formula One 2026. (Gambar: REUTERS/Eloisa Sanchez)
- Kimi Antonelli of Mercedes was crowned Formula One world champion at the age of 20 after the Mexico City Grand Prix on Sunday, 1 November, breaking Sebastian Vettel’s record and becoming Italy’s first champion since 1953.
- Antonelli finished third, and his 119-point lead made the title unassailable, while Max Verstappen won the race and Lewis Hamilton finished second.
- The race was stopped for 33 minutes on lap 46 after Valtteri Bottas crashed because of a suspension problem; he got out without assistance, and Cadillac said he underwent further checks as a precaution.
- After Mexico, F1 is scheduled to head to Brazil and Las Vegas, but the races in Qatar and Abu Dhabi remain uncertain because of instability in the region.
Kejuaraan itu dijulang selepas berakhirnya Grand Prix Mexico City, yang dihentikan dengan bendera merah sebelum dimulakan semula dan dimenangi Max Verstappen dari Red Bull.
Antonelli, yang juga pelumba Itali pertama menjadi juara dunia sejak 1953, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dan menitiskan air mata kegembiraan menerusi radio pasukan ketika melintasi garisan penamat.
Kelebihannya dalam kedudukan keseluruhan kini 119 mata dan tidak lagi boleh dikejar pencabarnya.
Lewis Hamilton dari Ferrari yang bermula di petak pertama menamatkan perlumbaan di tempat kedua dalam perlumbaan dramatik yang menyaksikan dua kereta keselamatan, beberapa kemalangan dan perlumbaan dihentikan selama 33 minit ketika berbaki 25 daripada 71 pusingan.
Sebelum ini, Sebastian Vettel memegang rekod sebagai juara dunia termuda F1 apabila meraih kejuaraan pada usia 23 tahun pada 2010.
“Terima kasih banyak-banyak, kita berjaya, kita berjaya, terima kasih banyak-banyak ... terima kasih,” kata Antonelli menerusi radio pasukan selepas merangkul kejuaraan tersebut.
Perlumbaan dihentikan pada pusingan ke-46 selepas Valtteri Bottas terbabas dan merempuh tembok di selekoh pertama menyusuli masalah pada sistem penggantungan sebelah kanan keretanya.
Cadillac memaklumkan Bottas menjalani “pemeriksaan perubatan lanjut sebagai langkah berjaga-jaga”.
Bottas keluar daripada keretanya tanpa bantuan dan melambai kepada para peminat sebelum meninggalkan litar.
Apabila perlumbaan dimulakan semula, Verstappen berada di hadapan, diikuti Charles Leclerc, Hamilton, Antonelli, Lando Norris dan George Russell.
Verstappen kemudian mengekalkan kedudukannya untuk memenangi perlumbaan.
Selepas Mexico, persaingan F1 akan diteruskan di Brazil sebelum menuju ke Las Vegas.
Bagaimanapun, masih belum pasti sama ada dua Grand Prix terakhir yang dijadualkan berlangsung di Qatar dan Abu Dhabi akan diteruskan berikutan keadaan tidak stabil di rantau tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.