Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Khidmat pengadil ASTAF akan digantung seumur hidup, denda AS$10,000 jika terbabit STL

Larangan pengadil ASTAF/ISTAF daripada adili Kejohanan STL dikuat kuasa setelah PSM tersingkir dari gabungan ASTAF Mei lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
 Khidmat pengadil ASTAF akan digantung seumur hidup, denda AS$10,000 jika terbabit STL

Pasukan Sepak Takraw M'sia di gelanggang Sukan SEA 2017. (Gambar fail: Persatuan Sepak Takraw Malaysia/Facebook)

KUALA LUMPUR: Para pengadil Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) dari Malaysia boleh digantung seumur hidup dan didenda AS$10,000 (RM42,130) jika didapati mengadili Kejohanan Sepak Takraw League (STL) dari 7 Januari hingga 27 Mac ini.

Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Agung ASTAF, Boonchai Lorhpipat seperti dilaporkan BH Online.

Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa hukuman itu adalah antara tindakan disiplin yang akan dikenakan sekiranya mereka ingkar dengan peraturan yang ditetapkan.

Menurutnya lagi, sebagai pengadil yang membawa nama ASTAF dan ISTAF, adalah menjadi kewajipan mereka untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Memandangkan anda adalah pengadil berlesen ASTAF dan/atau ISTAF, maka anda terikat dengan peraturan pengadil ASTAF/ISTAF dan wajib menghormati semua undang-undang serta peraturan.

"Tambahan pula, komitmen dan kewajipan anda sebagai pengadil ASTAF/ISTAF seperti yang disebut dalam peraturan-peraturan dan nasihat ASTAF/ISTAF untuk semua pengadil seperti yang tertera dalam artikel 1.1 iaitu pengadil tidak boleh berkhidmat dalam mana-mana pertandingan tanpa kebenaran daripada ISTAF dan/atau ASTAF dan/atau ahli Persekutuan Negara Gabungannya," kata Lorhpipat dalam satu kenyataan media pada Khamis (16 Dis) seperti ditukil BH Online.

Ia juga merupakan peringatan kedua yang dikeluarkan ASTAF selepas 2 Disember lalu ekoran khabar angin terdapat pengadil dari Malaysia yang enggan menuruti arahan itu.

BH Online melaporkan, kejohanan STL tidak mendapat pengiktirafan dan kelulusan ASTAF selepas Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) disingkirkan sebagai ahli gabungan ASTAF Mei lalu.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan