Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Khairi Ishak dilarang bertanding 4 tahun selepas gagal ujian doping

Atlit kurang upaya Singapura Mohammad Khairi Ishak dilarang bertanding dalam semua pertandingan sukan selama empat tahun selepas beliau gagal ujian doping, kata jurucakap Anti-Doping Singapore hari ini (14 Apr)

Anggaran Waktu Membaca:
Khairi Ishak dilarang bertanding 4 tahun selepas gagal ujian doping

Khairi Ishak di Sukan Para ASEAN.

Diterbitkan : 14 Apr 2018 10:20PM Dikemas Kini : 14 Apr 2018 10:23PM

GOLD COAST: Atlit kurang upaya Singapura Mohammad Khairi Ishak dilarang bertanding dalam semua pertandingan sukan selama empat tahun selepas beliau gagal ujian doping, kata jurucakap Anti-Doping Singapore hari ini (14 Apr).

Pada 12 Mac lalu, atlit berusia 29 tahun itu didapati positif menggunakan methandienone iaitu sejenis steroid yang diharamkan dalam Senarai Bahan Terlarang 2018, yang menyebabkannya tidak dapat bertanding sebelum Sukan Komanwel di Australia bermula.

Ujian yang dijalankan oleh Anti-Doping Singapore adalah sebahagian daripada ujian sebelum Sukan Komanwel.

Khairi digantung buat sementara waktu sejak 6 April lalu.

"Jawatankuasa Disiplin Anti-Doping Kebangsaan mengharamkan Khairi daripada bertanding, berkuat kuasa 6 Apr 2018," kata jurucakap Anti-Doping Singapore kepada Mediacorp. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan