Skip to main content

Sukan

Ketua Persatuan Bola Sepak Iran perjelas pendirian 'boikot Amerika, bukan Piala Dunia'

Anggaran Waktu Membaca:
TEHRAN: Iran merancang untuk beraksi di Piala Dunia, kata ketua persekutuan bola sepaknya Mehdi Taj pada Khamis (19 Mac) walaupun ia sekali lagi mengkritik Amerika Syarikat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Kami boikot Amerika Syarikat, bukan Piala Dunia,” menurut agensi berita negara IRNA, menukil Encik Mehdi Taj.

“Kami sedang membuat persiapan untuk Piala Dunia,” tambah beliau.

Kejohanan bola sepak lelaki itu dijadual bermula pada 11 Jun di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Iran, yang kini berperang dengan Amerika dan Israel, layak ke kejohanan itu, namun sebelum ini menyatakan hasrat supaya perlawanannya dipindahkan dari Amerika ke tuan rumah bersama, Mexico.

Kali ini, Encik Mehdi Taj tidak memperincikan maksud sebenar boikot terhadap Amerika itu, termasuk sama ada ia melibatkan keengganan untuk bermain perlawanan di negara berkenaan.

Badan induk bola sepak dunia, FIFA, sedang berhubung dengan persekutuan Iran, namun awal minggu ini dilihat menolak sebarang pemindahan lokasi.

Iran dijadual menentang Belgium, New Zealand dan Mesir dalam peringkat kumpulan.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita