Ketua PBB akan hadir Olimpik Beijing di tengah boikot diplomatik
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres akan menghadiri Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, menurut jurucakapnya pada Khamis (9 DIs) selepas Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat mengumumkan pemulauan diplomatik terhadap acara itu.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres. (Gambar: AFP)
AMERIKA SYARIKAT: Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres akan menghadiri Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, menurut jurucakapnya pada Khamis (9 DIs) selepas Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat mengumumkan pemulauan diplomatik terhadap acara itu.
"Setiausaha agung menerima undangan dari Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk menghadiri acara pembukaan Sukan Musim Sejuk Beijing dan sudah menerimanya," kata jurucakap Stephane Dujarric kepada wartawan.
Amerika Syarikat menyatakan atlitnya akan tetap bertanding, namun ia tidak akan menghantar delegasi diplomatik sebagai bantahan terhadap pencabulan hak asasi oleh China.
Australia, Britain dan Kanada juga mengumumkan boikot diplomatik.
China memberi amaran bahawa negara-negara tersebut akan "menanggung kesan" daripada boikot itu.
Perancis tidak bercadang untuk menyertai langkah pemulauan itu, kata Presiden Emmanuel Macron pada Khamis, menyifatkan langkah sedemikian sebagai "tidak berkesan."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.