Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ketua jurulatih SG Tsutomu Ogura dijangkiti COVID-19; penolong Gavin Lee ambil alih bagi perlawanan Thailand

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua jurulatih SG Tsutomu Ogura dijangkiti COVID-19; penolong Gavin Lee ambil alih bagi perlawanan Thailand

Ketua jurulatih Singapura Tsutomu Ogura (kiri) dan penolong jurulatih Gavin Lee. (Gambar-gambar: CNA/Eugene Goh, Tampines Rovers)

SINGAPURA: Ketua jurulatih Lions, Tsutomu Ogura, tidak dapat turun padang bagi perlawanan terakhir Singapura bagi pusingan kelayakan Piala Dunia kerana tidak sihat selepas disahkan positif COVID-19.

Singapura dijadual menentang Thailand pada Selasa (11 Jun).

Penolong jurulatih pasukan kebangsaan, Gavin Lee, akan mengambil alih tugasan melatih pasukan bagi perlawanan tersebut, menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menerusi satu kenyataan media pada lewat Isnin (10 Jun).

FAS menyatakan bahawa setakat jam 4.00 petang waktu Bangkok, Ogura dan seorang lagi anggota luar padang, diuji positif COVID-19.

Kedua-duanya sejak itu mengasingkan diri daripada pasukan dan doktor pasukan kebangsaan sedang memantau baki kakitangan luar padang mahupun para pemain lain, sebagai langkah berjaga-jaga.

Lee akan mengambil alih tugas melatih pasukan dan "semua tanggungjawab relevan" bermula Isnin bagi perlawanan menentang Thailand pada Selasa di Stadium Negara Rajamangala.

Dia dilantik Ogura untuk "mengambil alih bagi perlawanan penting ini", menurut FAS.

FAS menambah bahawa Lee selama ini salah seorang "tenaga jurulatih yang memainkan peranan penting dalam pasukan negara, membantu Ogura dalam perlawanan-perlawanan melawan China dan Korea Selatan, bersama dengan penolong jurulatih, Kosei Nakamura".

Lee juga ketua jurulatih Liga Perdana Singapura bagi BG Tampines Rovers.

"Persatuan Bola Sepak Singapura menyampaikan ucapan semoga cepat sembuh kepada Jurulatih Ogura dan anggota kakitangan luar padangnya, selain meluahkan keyakinan kepada Jurulatih Gavin Lee sedang beliau membimbing pasukan Singa untuk meraih kemenangan menentang Thailand."

Lee dipelawa menyertai pasukan Ogura sepanjang tempoh pasukan Singa bersaing di peringkat antarabangsa, sejak Mac lalu.

Ogura sebelum ini menyatakan bahawa kepakaran Lee dan pemahaman para pemain di peringkat kelab, adalah penting.

Singapura sejauh ini mempunyai satu mata daripada lima perlawanan bagi pusingan kelayakan.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan