Ketua jurulatih pasukan bola sepak SG sepanjang 10 tahun lalu: Sejauh mana pencapaian mereka?
Ketua jurulatih SG Takayuki Nishigaya. (Gambar: AFP/Jung Yeon-je)
Disapa mesra sebagai "Raddy", Avramovic membantu Singapura menjuarai tiga daripada empat Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).
Namun, beberapa tahun sejak beliau melepaskan jawatan tersebut, rekod Singapura di pentas antarabangsa tidak begitu cemerlang. Sejak kejayaan terakhir dalam Kejohanan AFF pada 2012, pasukan negara hanya setakat mara melepasi peringkat kumpulan sekali sahaja.
Dengan pemecatan jurulatih warga Jepun, Takayuki Nishigaya pada Isnin (29 Jan), jawatan itu sekali lagi membuntukan kehadiran jurulatih baharu.
Beberapa sumber memberitahu Mediacorp bahawa Tsutomu Ogura, bekas penolong jurulatih pasukan kebangsaan Jepun, dijangka akan mengisi jawatan kosong itu.
Dalam masa antara Avramovic melepaskan jawatan itu dengan pelantikan penggantinya, legenda bola sepak negara V Sundramoorthy dilantik untuk menyandang jawatan itu secara sementara, mengambil alih peranan itu bagi perlawanan peringkat saringan Piala Asia yang Singapura kecundang di tangan Jordan.
Jurulatih warga Jerman, Bernd Stange kemudian ditawarkan kontrak selama dua tahun untuk menggalas peranan tersebut pada Mei 2013.
Stange menerajui kempen Singapura bagi Kejohanan AFF 2014, di mana Singapura gagal mempertahankan takhtanya apabila ia tersingkir di peringkat kumpulan kejohanan tersebut.
Stange ended his time in Singapore in April 2016 after wrapping up Singapore's 2018 FIFA World Cup qualification campaign. Singapore finished third in the group in the AFC second round, behind Japan and Syria.>>
Kontrak Stange dilanjutkan pada September 2015.
Stange menamatkan khidmatnya pada April 2016 selepas selesai memimpin pasukan Singapura dalam kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2018. Singapura menduduki tempat ketiga dalam kumpulan itu semasa pusingan kedua AFC, di belakang Jepun dan Syria.
Menurut World Football Elo Ratings, Stange berjaya memenangi 14 perlawanan, seri empat perlawanan dan mengalami kekalahan dalam 16 perlawanan, termasuk perlawanan-perlawanan persahabatan, sebagai ketua jurulatih Singapura.
Selepas Stange melepaskan jawatan itu, V Sundramoorthy kembali untuk berkhidmat ke pangkuan pasukan negara pada Mei 2016 sebagai jurulatih sementara di bawah kontrak selama setahun. Kontrak itu dilanjutkan selama setahun lagi pada 2017.
Apabila beliau memegang jawatan tersebut, Sundram sekali gus menjadi warga Singapura yang pertama untuk menjadi jurulatih pasukan negara dalam tempoh 16 tahun. Jurulatih warga Singapura yang terakhir kali menyandang jawatan itu sebelum Sundram ialah Vincent Subramaniam, yang berkhidmat dari 1998 hingga 2000.
Pasukan negara melalui kempen Piala AFF yang sangat menghampakan pada 2016, menduduki tempat terakhir dalam kumpulannya selepas tewas kepada Thailand dan Indonesia, serta seri tanpa jaringan dengan pasukan tuan rumah Filipina.
Pada tahun berikutnya, Singapura gagal memenangi sebarang perlawanan.
Sundram mengundurkan diri pada April 2018, dengan rekod tiga kemenangan, lima keputusan seri dan 15 kekalahan dalam 23 perlawanan.
FANDI AHMAD
After Sundram's exit, the FAS announced that another Singapore football legend, Fandi Ahmad, would lead the team for the 2018 AFF Championship.>>
Setelah Sundram mengundurkan diri, FAS mengumumkan seorang lagi legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad, akan memimpin pasukan negara dalam Kejohanan AFF 2018.
Pasukan Singa sekali lagi gagal melepasi peringkat kumpulan, dengan dua kemenangan dan dua kekalahan.
Fandi kemudian menggalas peranan baharu sebagai ketua belia elit di FAS. Beliau melepaskan jawatan itu pada Jun 2022 dan kini adalah ketua jurulatih pasukan Liga Super Malaysia, Sri Pahang.
Selepas Fandi, bekas kapten Singapura Nazri Nasir mengambil alih tugas memimpin pasukan negara bagi satu perlawanan persahabatan - yang pertama daripada dua pelantikannya sebagai jurulatih sementara.
TATSUMA YOSHIDA
Jurulatih warga Jepun, Tatsuma Yoshida dilantik di bawah kontrak selama dua tahun dan memulakan peranan sebagai jurulatih pasukan negara pada Jun 2019.
Di bawah kepimpinan Yoshida, Singapura berjaya mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan AFF 2020, yang diadakan di Singapura pada 2021 disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Pada Februari 2021, Yoshida melanjutkan kontraknya sebagai ketua jurulatih sehingga Disember 2022. Namun, beliau meletak jawatan pada hujung 2021, untuk pulang ke pangkuan keluarganya di Jepun.
Menurut laman FAS, Yoshida memimpin pasukan tersebut untuk meraih enam kemenangan, tiga keputusan seri dan 11 kekalahan dalam 20 perlawanan.
Nazri Nasir sekali lagi mengambil alih peranan sebagai jurulatih sementara dan memimpin skuad tersebut untuk menumpaskan Malaysia dan Filipina dalam satu kejohanan persahabatan.
TAKAYUKI NISHIGAYA
Seorang lagi jurulatih warga Jepun, Takayuki Nishigaya, dilantik pada April 2022. Beliau secara rasminya menyandang jawatan itu pada Mei 2022.
Baru-baru ini pasukan Singapura menduduki tangga paling corot dalam peringkat saringan Piala Dunia selepas kalah di tangan Thailand dan Korea Selatan.
Nishigaya dipecat pada 29 Jan, satu keputusan yang dibuat setelah "menimbangkannya dengan teliti", menurut FAS.
Menurut data FAS, Nishigaya menamatkan khidmatnya dengan mencatatkan lapan kemenangan, lima keputusan seri dan lapan kekalahan dalam 21 perlawanan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.