Skip to main content

Sukan

Ketua jurulatih Manchester United Ruben Amorim dipecat

Manchester United memecat ketua jurulatihnya Ruben Amorim pada Isnin (5 Jan), sekali gus menamatkan tempoh khidmatnya selama 14 bulan di kelab Liga Perdana England (EPL) itu.
Anggaran Waktu Membaca:
Ketua jurulatih Manchester United Ruben Amorim dipecat

Ketua jurulatih Manchester United Ruben Amorim berjalan di padang selepas perlawanan Liga Perdana antara Manchester United dengan Wolverhampton Wanderers di Manchester pada 30 Dis 2025. (Gambar fail: AP/Dave Thompson)

Diterbitkan : 05 Jan 2026 07:52PM Dikemas Kini : 05 Jan 2026 09:38PM
MANCHESTER: Manchester United memecat ketua jurulatihnya Ruben Amorim pada Isnin (5 Jan), sekali gus menamatkan tempoh khidmatnya selama 14 bulan di kelab Liga Perdana England (EPL) itu.

"Dengan Manchester United berada di tangga keenam EPL, kepimpinan kelab ini membuat keputusan dengan berat hati bahawa ini adalah masa yang tepat untuk membuat perubahan.

"Ini akan memberi pasukan ini peluang terbaik untuk menamatkan musim EPL di kedudukan lebih tinggi," menurut United dalam kenyataan kelabnya.

"Kelab ini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ruben atas sumbangannya kepada kelab ini dan mengharapkan yang terbaik untuk masa depannya."

Amorim dilantik pada November 2024, namun gagal menawan hati penyokong kerana beliau berkeras mengekalkan formasi 3-4-3, selain rentetan keputusan yang buruk.

Meskipun United berjaya mara ke pusingan akhir Liga Europa pada Mei tahun lalu, kelab itu mengakhiri musim EPL sebelum ini di tangga ke-15 dengan 42 mata, iaitu kedudukan tercorot sejak musim perlawanan 1989-90.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita