Ketua jurulatih Lion City Sailors Kim Do-hoon letak jawatan selepas 'persetujuan bersama untuk berpisah'
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Lion City Sailors Football Club)
SINGAPURA: Kim Do-hoon meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Lion City Sailors, menurut kelab bola sepak itu pada Khamis (11 Ogos).
"Lion City Sailors dan ketua jurulatih Kim Do-hoon mencapai persetujuan bersama untuk berpisah," menurut kelab itu dalam satu kenyataan media.
"Kami ingin ucapkan terima kasih atas khidmatnya dan mengharapkan yang terbaik buat beliau."
Kelab itu menambah bahawa Luka Lalic, pengarah teknikal akademi bola sepak itu akan mengendalikan pasukan tersebut buat sementara waktu termasuk dalam perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) seterusnya menentang Singa Muda pada Sabtu (13 Ogos).
Kim melepaskan jawatan sehari selepas dikenakan denda S$2,000 oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) selain digantung tiga perlawanan atas peranannya dalam pergaduhan dengan penolong jurulatih Tampines Rovers, Mustafic Fahrudin semasa perlawanan SPL bulan lalu.
Fahrudin juga digantung tiga perlawanan dan didenda S$3,000.

Lion City Sailors enggan mengulas sama ada peletakkan jawatan Kim itu ada kaitan dengan hal tersebut.
Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.