Skip to main content

Sukan

Ketua FAS mohon maaf selepas beri respons kasar kepada komen di media sosial

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua FAS mohon maaf selepas beri respons kasar kepada komen di media sosial

Gambar: FAM

Diterbitkan : 12 May 2023 04:24PM
SINGAPURA: Pemangku presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) memohon maaf pada Jumaat (12 Mei) selepas jawapan yang diberikan kepada komen mengenai kekalahan 7-0 Singapura kepada Malaysia pada Sukan SEA.

Keputusan pada Khamis (11 Mei) adalah yang terburuk dialami Singapura sejak ditumpaskan 5-0 oleh Thailand dalam edisi lalu. Ia juga memastikan pemain bola sepak bawah 22 tahun menamatkan kempen mereka di tangga terakhir bagi kumpulan mereka dan tanpa kemenangan buat kali pertama sejak 1987.

Ketua FAS Bernard Tan menjawab komen di akaun Instagramnya yang menggesa beliau meletak jawatan. Pengguna, nic_8276, menambah: "Anda (Tan) tidak layak menerima gaji."

Sebagai respons, Encik Tan berkata beliau tidak dibayar dan mencadangkan "tawaran satu kali sahaja".

"Daripada menyerang saya di sini. Serang saya secara bersemuka. Mari kita berjumpa," tulis Encik Tan. "Hantarkan e-mel kepada saya...Saya akan biarkan komen anda selama 24 jam. Selepas itu saya akan memadamkannya. Ia adalah akaun saya."

Akaun instagram beliau sudah ditukar ke privet.

Dalam satu catatan pada Jumaat (12 Mei), Encik Tan menyifatkan kekalahan 7-0 itu sebagai "salah satu malam paling teruk dalam sejarah kita"

"(Peristiwa) malam tadi menyebabkan emosi memuncak dengan beberapa serangan di media sosial saya daripada akaun yang tidak dikenali," tulis catatan itu. "Saya kesal kerana menjawab dan memohon maaf sedalam-dalamnya. Saya berpegang pada standard yang lebih tinggi. Saya manusia. Saya juga terluka."

Beliau berkata bahawa beliau sentiasa mahu menjadi lebih terbuka melalui media sosial dan bertemu orang secara peribadi kerana "terdapat ramai yang telah menawarkan maklum balas dan persepsi yang membantu."

Beliau menambah bahawa FAS sudah menasihati beliau dan anggotanya bahawa penglibatan terbuka dengan pihak berkepentingan adalah "paling baik dilakukan dalam suasana tersusun secara rasmi".

"Soalan sukar akan ditanya dalam tempoh dua minggu akan datang dan kami akan melakukannya secara terbuka," katanya.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita