Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kerjasama JDT dengan Aston Martin Asia reka kereta bertemakan pasukan Harimau Selatan

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kerjasama dengan jenama terkemuka dunia, Aston Martin Racing Asia semalam (28 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Kerjasama JDT dengan Aston Martin Asia reka kereta bertemakan pasukan Harimau Selatan

Gambar: Penyokong Setia Johor/Facebook

Diterbitkan : 29 Jul 2021 10:45AM Dikemas Kini : 29 Jul 2021 10:49AM

PETALING JAYA : Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kerjasama dengan jenama terkemuka dunia, Aston Martin Racing Asia semalam (28 Jul).

Kerjasama itu juga akan menyaksikan Aston Martin mengeluarkan rekaan edisi terhad bertema JDT yang akan dijual oleh kelab tersebut, lapor The Star.

“Kami berbangga serta gembira dapat mencapai persetujuan dengan Ibu Pejabat jenama tersebut yang berpusat di United Kingdom dan pejabat Asia.

“Kerjasama dengan syarikat permotoran British ini bukan sahaja memberikan nilai kewangan kepada JDT, tetapi juga membuka peluang kepada JDT, Johor dan Aston Martin Racing bekerjasama dalam pelbagai bidang untuk tahun-tahun yang akan datang,” kata kelab itu menerusi satu kenyataan media.

Dalam catatan Facebooknya, kelab tersebut menyatakan kerjasama itu boleh digambarkan sebagai kerjasama antara juara dalam bidang masing-masing dengan JDT selaku juara Liga Super tujuh kali berturut-turut manakala Aston Martin pula adalah juara perlumbaan Le Mans Endurance 2020.

JDT adalah juara di padang dengan kejayaan yang konsisten dan mendominasi tajuk-tajuk berita di luar padang dengan infrastruktur berkelas dunia, kekuatan jenama serta hubungan dengan kelab terkemuka antarabangsa, individu, organisasi dan entiti perniagaan.

Aston Martin Racing pula merupakan salah satu jenama antarabangsa yang bekerjasama dengan Harimau Selatan. Antara jenama terkemuka antarabangsa lain yang menjadi penaja dan rakan strategik termasuk UNICEF, Nike, Hublot, Subway, F&N, SWAG EV dan banyak lagi.

Menurut The Star, kerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa itu juga menunjukkan peningkatan pada jenama JDT di peringkat domestik mahupun antarabangsa sejak kelab itu diterajui oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2013.

Sumber : Agensi berita/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa