Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Keputusan terhadap perenang negara berdasarkan tanda aras sukan antarabangsa

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan terhadap perenang negara berdasarkan tanda aras sukan antarabangsa

Teong Tzen Wei, Amanda Lim dan Joseph Schooling. (Gambar: Andy Buchanan/AFP; Team Singapore/SportSG/Facebook; Matt Slocum/AP)

SINGAPURA: Sport Singapore (SportSG) pada Jumaat (7 Okt) menyatakan tindakan disiplin yang diambil terhadap perenang negara Joseph Schooling, Amanda Lim dan Teong Tzen Wei adalah berdasarkan tanda aras kesukanan antarabangsa, pendirian Singapura terhadap penggunaan dadah serta persetujuan yang dimeterai antara ketiga-tiga atlit itu dengan SportSG.

Pada 28 September, SportSG menyatakan ia akan menggantung segala sokongan kepada ketiga atlit itu selama sebulan setelah mereka mengaku mengambil dadah terkawal di luar negara.

"Terdapat perbahasan antara masyarakat awam berhubung tindakan disiplin yang diambil oleh SportSG terhadap ketiga-tiga atlit - Joseph Schooling, Amanda Lim dan Teong Tzen Wei," menurut SportSG dalam kenyataannya.

"Keputusan SportSG untuk menggantung sokongan bagi atlit-atlit tersebut selama sebulan dibuat selepas siasatan dalaman dijalankan dan mengambil kira pencabulan syarat persetujuan yang ditandatangani antara atlit itu dengan SportSG serta tanda aras kesukanan antarabangsa dan pendirian Singapura terhadap penyalahgunaan dadah."

Tanda aras ini termasuk yang ditegakkan Agensi Anti Doping Dunia (WADA) dan persekutuan negara.

"Khususnya, WADA tidak mengenakan sebarang sekatan bagi pengambilan atau penggunaan dadah terlarang seperti berikut - ganja, cocaine, heroin, ecstasy - sekiranya ia diambil atau digunakan di luar tempoh pertandingan," menurut SportSG.

"Sekiranya atlit diuji positif bagi dadah tersebut sewaktu pertandingan tetapi boleh membuktikan ia tidak berhubung dengan prestasi pertandingan mereka, atlit itu berdepan dengan penggantungan antara satu hingga tiga bulan.

"Penggantungan selama sebulan akan dikenakan sekiranya atlit itu selesai mengikuti program pemulihan dadah."

Keputusan SportSG terhadap ketiga-tiga perenang itu mengambil kira bahawa hasil ujian air kencing mereka adalah negatif dan mereka sendiri mengaku mengambil ganja di luar pertandingan sebelum ini.

Berhubung pendirian Singapura tentang penggunaan dadah, SportSG menyatakan Singapura mengambil pendekatan tidak bertolak ansur sama sekali terhadap dadah dan memandang tegas terhadap pengedaran dadah serta mereka yang terlibat dalam perdagangan dadah.

Namun, ia menarik perhatian bahawa fokus terhadap pesalah guna dadah adalah untuk membantu mereka dalam proses pemulihan dan integrasi semula dalam masyarakat.

"Semasa membuat keputusan mengenai tindakan yang wajar diambil, SportSG mengambil pendirian yang konsisten dengan pendirian Singapura terhadap pesalah guna dadah, iaitu untuk membantu mereka pulih, dan memberi ketiga-tiga atlit itu peluang untuk memperbaiki diri," menurut SportSG.

"SportSG menegaskan bahawa atlit-atlit tersebut harus bersikap bertanggungjawab atas kelemahan penilaian mereka, sekali gus juga memberi mereka peluang kedua untuk membuktikan diri mereka dan memenuhi peranan dan tanggungjawab mereka sebagai atlit negara.

"SportSG akan terus menyokong ketiga-tiga atlit itu selepas tempoh penggantungan, dalam kerjaya sukan mereka serta proses pemulihan mereka menyusuli episod ini."

Tempoh penggantungan bagi Schooling, Lim dan Teong sudahpun bermula pada 1 Oktober.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan