Kepulangan juara Piala Dunia 2022 di Buenos Aires disambut meriah
Anggaran Waktu Membaca:

Kapten pasukan Argentina, Lionel Messi serta jurulatih pasukan Argentina, Lionel Scaloni disambut meriah setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza pada 20 Dis 2022. (Gambar: Luis ROBAYO / AFP)
BUENOS AIRES: Ribuan peminat pasukan bola sepak Argentina menyambut kepulangan wira-wira mereka dengan penuh kegembiraan di Buenos Aires pada awal pagi Selasa (20 Dis). Ini selepas pesawat yang membawa Lionel Messi dan pasukannya yang baru saja menjuarai Piala Dunia, mendarat di Lapangan Terbang Ezeiza.
Ibu kota Argentina itu sudahpun mula meraikan dengan penuh meriah kemenangan bersejarah mengalahkan Perancis semasa perlawanan akhir di Qatar pada Ahad (18 Dec).
Ia juga kali pertama Argentina menjuarai Piala Dunia sejak Diego Maradona menjulang trofi berprestij itu 36 tahun yang lalu.
Para pemain pasukan tersebut, yang dilihat memakai pingat emas di leher mereka dan bergilir-gilir menjulang trofi Piala Dunia, melambai-lambai ke arah para peminat dari bas dengan bumbung terbuka.
Ribuan peminat membanjiri kawasan tersebut sambil mengibarkan bendera dan memancarkan lampu dari telefon bimbit mereka.
Para peminat bernyanyi riang, diiringi rentak gendang. Malah, bunga api menerangi langit sedang bas, yang membawa pasukan Argentina itu, bergerak melalui kawasan yang sedak dengan para peminat.
Beribu-ribu peminat dikatakan menjejaki pesawat syarikat penerbangan negera Aerolineas Argentinas AR1915, sepanjang perjalanan pasukan tersebut dari Doha dengan persinggahan di Rom.
Para pemain pasukan itu dijangka berada di prasarana Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) beberapa jam sebelum mereka berangkat pada sebelah tengah hari ke monumen Obeliso di pusat bandar, di mana ia berkemungkinan juga menyaksikan perhimpunan beratus-ratus ribu peminat.
Argentina mengalahkan Perancis 4-2 menerusi tendangan penalti, setelah perlawanan tersebut berakhir dengan kedudukan seri 3-3 yang kekal sehingga tamat masa tambahan.

Sebelum ini, Messi, 35 tahun, mengumumkan bahawa perlawanan akhir berkenaan merupakan perlawanan terakhirnya bagi Piala Dunia meskipun beliau berhasrat untuk beraksi dalam beberapa perlawanan lagi sebagai mewakili negaranya itu.
Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.