Kemenangan S'pura dalam acara renang gaya bebas 4x100m rampaian dibatalkan

Joseph Schooling beraksi dalam acara renang akhir gaya bebas 4x100 meter di Sukan SEA di Vietnam pada 14 Mei 2022. (Gambar: Andy Chua/SportSG)
HANOI: Mata yang dikumpulkan empat perenang negara - Joseph Schooling, Mikkel Lee, Quah Zheng Wen serta Jonathan Tan - sudahpun terpancar pada layar. Bahkan, mereka berempat sedang diwawancara separuh jalan apabila mereka diberitahu bahawa kemenangan mereka dibatalkan daripada acara renang gaya bebas 4x100 meter rampaian lelaki.
Awal dari itu, keempat-empat perenang negara itu memenangi acara renang tersebut pada Sabtu malam (14 Mei) dengan mencatat masa 3:17.19, mendahului pasukan dari Malaysia dan Vietnam.
Namun, keputusan rasmi kemudian membatalkan kemenangan Singapura dan Malaysia.
Ini bermakna Vietnam merangkul pingat emas manakala Indonesia meraih pingat perak dan Thailand membawa pulang pingat gangsa.
Pembatalan itu kemudian disahkan oleh ketua jurulatih negara, Gary Tan.
Semasa Sukan SEA yang lalu di Filipina, Darren Chua, Tan, Quah, dan Schooling menggenggam pingat emas dalam acara tersebut dengan mencatatkan rekod masa 3:16.82.
Ini adalah acara pertama Schooling di Sukan SEA Vietnam di mana beliau juga bertekad untuk mempertahankan gelaran juaranya dalam acara kupu-kupu 100 meter.
Kedua-dua Schooling dan Quah kini sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) mereka.
Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.