Skip to main content

Sukan

Kemenangan Liverpool di S'pura ibarat 'kenangan manis' buat Nazri Elias baru pulih dari COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Stadium Negara bertukar menjadi lautan merah, dibanjri dengan lebih 50,000 peminat Liverpool, pada Jumaat malam (15 Jul).

Ramai yang tiba seawal pukul 5.00 petang meskipun perlawanan menentang Crystal Palace hanya bermula sekitar jam 8.40 malam.

Dan apabila lagu tema pasukan Liverpool, "You’ll Never Walk Alone" dimainkan, Stadium Negara turut bergema!

Keghairahan para penonton menyaksikan pertemuan dua kelab Liga Perdana England (EPL) begitu jelas apatah lagi selepas lebih dua tahun acara sukan besar-besaran tidak dapat dianjurkan gara-gara COVID-19.

Antara para penyokong yang turun padang ke Stadium Negara ialah Cik Moliah Hashim yang mengalu-alukan peluang untuk beramah mesra dengan rakan-rakan secara beramai-ramai.
Gambar: CNA/Matthew Mohan

"Memori yang kita dapat. 'The shared memory' selepas pendemik. Bersama kawan-kawan dan rakan-rakan sekerja saya. Dengan pengalaman ini kita dapat berbual. Bertukar cerita dan pengalaman. Yang paling penting sangat bersyukur kerana kalau pandemik masih ada, kita tidak dapat pengalaman shared memory ini," luahnya kepada BERITAmediacorp.

Ramai seperti Nazri Elias pula tidak mahu terlepas menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi di depan mata buat julung-julung kalinya.

Beliau menganggap perlawanan malam semalam sebagai satu 'perayaan' selepas 'bebas' (pulih) dari jangkitan virus COVID-19!

"It’s nice for us to get together. You can see the fans semua happy. Kalau nak tahu saya dijangkiti COVID-19 sebanyak dua kali! Jadi bagus. Satu perayaan!"

Gol pertama Liverpool dijaringkan oleh kapten pasukan Jordan Henderson pada minit ke-12 hasil gandingan bersama pemain muda Harvey Elliot.

Para penyokong seolah-olah tidak mahu aksi di padang berhenti dengan sorakan terus bergema pada waktu rehat.

Ada juga yang sarat mengandung tetapi tetap datang untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Seperti isteri Muhammad Irfan yang sudah lewat tarikh bersalin.

"Kita ingat bayi akan lahir beberapa hari sebelum ini. Tapi doktor memberitahu kami masih mempunyai sekitar lima hari lagi. Kami boleh keluar dan tonton! Kalau local match pun kita tak dapat rasa macam gini. Memang terbaik," luahnya penuh ghairah kepada BERITAmediacorp.

Gambar: BERITAMediacorp

Seorang lagi penonton, Syed Mohd Noor pula berasa puas dapat menemani bapanya menonton pasukan Liverpool di Stadium Negara.

"Dia tahu saya minat Liverpool. Jadi dia dan adik-beradik belanja sayalah hari ini!

"Di stadium dengan semangat peminat, rasa lagi best. Saya dengan adik-beradik nak bapa kami gembira. Sebab umur dia pun dah 68 tahun. Kami cuba buat dia gembira. Dulu masa kami kecil dia bawa ke mana-mana. Sekarang masa kami untuk bayar jasa dia," ujarnya lanjut.

d
Gambar: BERITAMediacorp

Liverpool menang 2-0 dengan gol kedua dijaringkan oleh penyerang handalan Mesir, Mohamed Salah, pada minit ke-47.

Selepas Singapura, Liverpool akan ke Jerman untuk meneruskan persiapan pra-musimnya menentang RB Leipzig pada minggu depan.

Sumber : BERITA Mediacorp/DF/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita