Skip to main content

Sukan

Kelab Tottenham Hotspur anjur majlis berbuka di stadium buat julung kalinya

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Kelab bola sepak Liga Perdana England Tottenham Hotspur buat julung kalinya menganjurkan majlis berbuka puasa di stadium kelab itu pada Khamis (6 Apr).

Demikian lapor Agensi Anadolu.

"Kelab berbangga menganjurkan majlis Iftar Ramadan yang pertama di Stadium Tottenham Hotspur pada malam Khamis, anjuran kumpulan penyokong kami Spurs REACH untuk peminat dari pelbagai latar belakang etnik.

"Acara istimewa untuk kira-kira 150 ahli Spurs REACH dan tetamu mereka turut dihadiri Arnaut Danjuma, pemain beragama Islam dan Ledley King, Duta Kelab kami dan penaung Spurs REACH," lapor Anadolu memetik kenyataan Spurs.

Kelab tersebut turut memuat naik gambar dari acara Iftar itu ke Twitter di mana ramai penyokong melahirkan rasa bangga atas inisiatif yang dilancarkan Spurs.

Sebelum ini, kelab Chelsea, Brighton & Hove Albion, Aston Villa serta Queen's Park Rangers dan Burnley turut menganjurkan majlis berbuka puasa.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita