Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kelab Saudi, Al-Hilal tawar Messi £350 juta setahun

Anggaran Waktu Membaca:
Kelab Saudi, Al-Hilal tawar Messi £350 juta setahun

(Gambar fail: Franck Fife/AFP)

DOHA: Bintang Argentina, Lionel Messi kini menjadi sasaran kelab Arab Saudi, Al Hilal yang dilaporkan membuat tawaran kontrak bernilai £350 juta (S$580 juta) setahun.

Kontrak Messi dengan kelab Paris Saint-Germain (PSG) di Perancis akan tamat pada akhir musim ini.

Tawaran tersebut jauh melepasi kontrak Cristiano Ronaldo untuk menyertai Al Nassr pada Disember lalu.
Seandainya Messi bersetuju menerima tawaran Al Hilal, ia merupakan satu lagi dorongan besar kepada arena bola sepak Saudi.

Kelab Arab Saudi itu adalah musuh ketat kelab Ronaldo, Al Nassr dengan kedua-duanya terbabit dengan 'derby' Riyadh setiap tahun.

Ia juga bakal menjadi pertembungan pertama kedua-dua pemain tersebut sejak 2018, dalam liga yang sama setelah Ronalda meninggalkan Real Madrid untuk beraksi bagi Juventus.

Tawaran kontrak itu juga yang terbesar dalam kerjayanya jika Messi mengambil keputusan untuk meninggalkan PSG pada akhir musim ini.

Bagaimanapun, pemain berusia 35 tahun itu turut mendapat perhatian kelab lain, termasuk bekas kelabnya Barcelona.

Messi juga dilaporkan mungkin menolak tawaran mega daripada pasukan Timur Tengah itu, dengan menyebut keutamaannya kini ialah untuk meneruskan kerjaya di Eropah selepas memenangi Piala Dunia di Qatar pada akhir tahun lalu.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan