Kelab liga Thailand BG Pathum belasah Borussia Dortmund 4-0
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/ BG Pathum United)
PHATUM THANI: Kelab Bundesliga, Borussia Dortmund, dikejutkan dengan kekalahan 0-4 di tangan BG Pathum United dalam aksi persahabatan di Stadium Leo, Pathum Thani, pada Ahad (21 Jul).
Dalam tempat duduk dipenuhi penyokong di stadium itu, tidak ramai menjangkakan Borussia Dortmund akan dibelasah dalam aksi pramusim berkenaan, tetapi dua gol yang dijaringan BG Pathum dalam setiap separuh masa mencalarkan maruah pasukan bimbingan Nuri Sahin berkenaan.
Julian Brandt, Niklas Süle, Felix Nmecha, Karim Adeyemi dan Julian Ryerson antara bintang pasukan utama yang diturunkan dalam kesebelasan Dortmund, sambil pemain seperti Sebastien Haller dan Kjell Wätjen dimasukkan sebagai pemain gantian, lapor Astro Awani.
Pemain muda berbakat, Paris Brunner, Almugera Kabar, dan Tyler Meiser, turut diberikan peluang untuk menarik perhatian Sahin.
Jaroensak Wonggorn muncul pemain paling cemerlang menjaringkan gol berganda dalam babak kedua, masing-masing pada minit ke-65 dan ke-88, selepas Melvelyn Lorenzen dan Teerasil Dangda meletakkan pasukan tuan rumah itu selesa dengan kelebihan dua gol menuju ke bilik persalinan.
Dortmund seterusnya akan ke Jepun bagi satu lagi aksi persahabatan menentang Cerezo Osaka.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.