Kelab Liga Perdana Singapura berdepan cabaran jasmani, mental selepas tidak bertanding 7 bulan
Menjelang permulaan semula Liga Perdana Singapura (SPL), kelab-kelab bola sepak tempatan perlu mengharungi cabaran-cabaran yang ditimbulkan pandemik COVID-19.
SINGAPURA: Menjelang permulaan semula Liga Perdana Singapura (SPL), kelab-kelab bola sepak tempatan perlu mengharungi cabaran-cabaran yang ditimbulkan pandemik COVID-19.
Pasukan-pasukan yang ditemui Mediacorp berkata, tahap kecergasan jasmani dan persiapan mental pemain terjejas selepas tidak bertanding selama tujuh bulan.
Kelab-kelab tempatan baru dapat memulakan kembali latihan 11 pemain sepasukan pada bulan lalu.
Jika mendapat lampu hijau dari pihak berkuasa, perlawanan liga SPL mungkin dapat disambung dalam masa kurang seminggu lagi.
Pendahulu liga, Tampines Rovers kini menggiatkan latihan agar setiap pemain boleh membangunkan semula kemahiran masing-masing dan merapikan permainan secara berpasukan.
Selain jasmani, Ketua Jurulatih Gavin Lee juga giat meningkatkan persiapan mental pemain, agar mereka berupaya mengekalkan semangat dan motivasi serta mencegah lingkaran pemikiran negatif.
Pasukan Albirex Niigata pula berdepan dengan kesukaran membawa masuk pemain-pemain dari Jepun, seperti yang dilakukannya setiap musim.
Pengurus Besarnya menjangkakan gangguan kepada persiapan SPL pasukan itu memandangkan pemain barunya perlu menjalani ujian swab sebelum masuk ke Singapura dan mungkin dikuarantin atau dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah sebelum memulakan latihan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.