Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kelab EPL adakan mesyuarat berhubung krisis COVID-19

Kelab-kelab Liga Perdana England (EPL) akan mengadakan mesyuarat pada Isnin (20 Dis) untuk berbincang tentang gangguan angkara COVID-19, lapor media Britain, selepas sembilan perlawanan terpaksa ditunda selepas beberapa pasukan melaporkan kes jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelab EPL adakan mesyuarat berhubung krisis COVID-19

Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Dec 2021 05:00PM Dikemas Kini : 18 Dec 2021 05:00PM

REUTERS: Kelab-kelab Liga Perdana England (EPL) akan mengadakan mesyuarat pada Isnin (20 Dis) untuk berbincang tentang gangguan angkara COVID-19, lapor media Britain, selepas sembilan perlawanan terpaksa ditunda selepas beberapa pasukan melaporkan kes jangkitan COVID-19.

Beberapa pemain utama Chelsea dan Liverpool terlepas beraksi dalam perlawanan masing-masing pada Khamis (16 Dis) manakala Tottenham Hotspur tidak bermain dalam sebarang perlawanan sejak 5 Disember selepas 13 kes COVID-19 dikesan dalam kalangan pemain dan kakitangan kelab itu.

Tiga perlawanan Tottenham turut ditunda.

Pengurus Aston Villa Steven Gerrard berkata pengurus dan pemain kelab masing-masing akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan selepas beberapa pengurus kelab meminta lebih banyak penjelasan berhubung syarat untuk menangguh perlawanan ekoran COVID-19.

"Terdapat kebimbangan dan banyak soalan yang tidak terjawab," kata Gerrard sebelum lawatan Burnley ke Villa Park pada Sabtu (18 Dis), iaitu hanya satu daripada lima perlawanan EPL yang diteruskan pada hujung minggu ini.

"Ini sebabnya pada Isnin, pengurus EPL akan berunding. Dan saya berharap akan ada lebih banyak penjelasan selepas mesyuarat itu.

EPL membenarkan perlawanan ditunda hanya jika kelab itu mempunyai kurang daripada 14 pemain, dengan pihak lembaga meneliti setiap permohonan berdasarkan kes.

EPL melaksanakan semula langkah-langkah darurat setelah jumlah rekod 42 kes COVID-19 dicatatkan sepanjang minggu lalu dalam kalangan pemain dan kakitangan.

Sumber : Reuters/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa