Skip to main content

Sukan

Kelab dipimpin jurulatih S'pura juarai Liga India

Sebuah kelab bola sepak yang dipimpin jurulatih Singapura, menjuarai Liga India pada Sabtu (9 Mac). Kelab bola sepak yang dikenali sebagai Chennai City itu, menewaskan kelab Minerva Punjab 3-1 pada pusingan akhir perlawanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelab dipimpin jurulatih S'pura juarai Liga India

Jurulatih Chennai City, Encik Akbar Nawas. (Gambar fail: @TFGfootball/Twitter)

Diterbitkan : 10 Mar 2019 04:24PM Dikemas Kini : 10 Mar 2019 04:31PM

MUMBAI: Sebuah kelab bola sepak yang dipimpin jurulatih Singapura, menjuarai Liga India pada Sabtu (9 Mac). Kelab bola sepak yang dikenali sebagai Chennai City itu, menewaskan kelab Minerva Punjab 3-1 pada pusingan akhir perlawanan.

Jurulatih juara liga tersebut, Encik Akbar Nawas, sebelum ini memimpin pasukan Tampines Rovers di Singapura. Menurut Fox Sports, pasukan Chennai City hanya dapat menjulang piala pada musim ketiga Liga India.

Pasukan itu sempat berdepan dengan persaingan sengit menentang pasukan East Bengal tetapi akhirnya berada satu mata di hadapan.

Encik Akbar menjadi ketua jurulatih kelab Liga India itu pada Mac 2018. Beliau sebelum ini bertugas sebagai pengarah teknikal kelab tersebut.

Gaya permainan yang digunakan Encik Akbar, dipuji media-media tempatan dengan laman Firstpost melaporkan bahawa "Chennai berjaya mencapai kejayaan dengan penuh bergaya dan hampir tiada tandingannya dalam perlawanan bola sepak India pada musim ini".

Related article image

(Gambar: @ChennaiCityFC/Twitter)

Dengan kemenangan pasukan itu, Liga India mempunyai tiga juara berlainan sepanjang tiga musim ia dijalankan. Sebelum ini, kelab bola sepak Minerva dan Aizawl yang memenangi liga itu, lapor Fox Sports.

Semasa perlawanan, Minerva membuka tirai jaringan seawal minit ketiga hasil sepakan Roland Bilala. Namun, Pedro Manzi membendung serangan lawannya pada minit ke-56 dan piala menjadi dalam genggaman selepas dua lagi gol dijaringkan Chennai City selepas itu.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita