Kelab bola sepak Belarus ganti penonton dengan patung berjersi
Sedang ramai peminat bola sepak merata dunia kekal di rumah dalam usaha mengekang penularan COVID-19, sebuah kelab bola sepak di Belarus memperkenalkan langkah inovatif untuk menggantikan para penonton di stadium.

MOSCOW: Sedang ramai peminat bola sepak merata dunia kekal di rumah dalam usaha mengekang penularan COVID-19, sebuah kelab bola sepak di Belarus memperkenalkan langkah inovatif untuk menggantikan para penonton di stadium.
Liga bola sepak Belarus adalah satu-satunya di Eropah yang masih diteruskan di tengah-tengah wabak itu.
Patung-patung yang dipakaikan jersi kelab bola sepak Belarus, kini mengisi tempat-tempat duduk penonton.
Pihak kelab menjemput para peminat bola sepak merata dunia untuk membeli tiket maya di internet.
Foto-foto peminat yang membeli tiket itu kemudian akan ditampal pada patung-patung yang hadir di stadium.
Si pembeli tiket juga akan menerima majalah kelab dan wang yang terkumpul akan disalurkan kepada dana bagi memerangi COVID-19.
Dengan ramai peminat bola sepak dari Eropah ke Timur Tengah dan Asia kini ketandusan perlawanan bola sepak, FC Dynamo Brest sudahpun memenangi perjanjian penyiaran negara asing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.