Skip to main content

Sukan

Kelab Arab Saudi intai peluang pikat Ronaldo

Anggaran Waktu Membaca:
Kelab Arab Saudi intai peluang pikat Ronaldo

(Gambar: Patricia De Melo Moreira/AFP)

RIYADH: Cristiano Ronaldo masih mempunyai masa depan untuk beraksi dalam medan Arab Saudi walaupun pernah menolak tawarannya.

Demikian dikatakan menteri sukan Arab Saudi yang turut memuji Ronaldo sebagai pemain contoh.

Kapten Portugal itu kini tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas bersetuju untuk menamatkan kontraknya dengan Manchester United berikutan temu bual kontroversialnya di sebuah rancangan.

Ia menamatkan penggal keduanya di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tetapi sepatutnya boleh dielakkan sekiranya penyerang tersebut dilepaskan lebih awal.

Antara tawaran terawal adalah daripada sebuah kelab Arab Saudi. Menteri Sukan Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Turki Al-Faisal, menyokong langkah untuk membawa pemain tersohor tersebut ke negara berkenaan.

“Sebarang kemungkinan boleh terjadi,” katanya kepada BBC Sport.

“Saya ingin melihat Ronaldo beraksi dalam liga Saudi.

"Ia akan memberi manfaat kepada liga, ekosistem sukan di Saudi dan ia mampu memberi inspirasi buat pemain muda akan datang. Dia merupakan contoh kepada ramai kanak-kanak dan mempunyai peminat yang ramai."

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita