Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kekalahan JDT di Piala M'sia tidak lunturkan sokongan rakyat Johor

Kekalahan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia di tangan Kuala Lumpur City FC (KL City) pada Selasa lalu (30 Nov), tidak melunturkan semangat dan sokongan rakyat Johor terhadap skuad itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kekalahan JDT di Piala M'sia tidak lunturkan sokongan rakyat Johor

Gambar: JOHOR Southern Tigers/Facebook

Diterbitkan : 05 Dec 2021 04:19PM Dikemas Kini : 05 Dec 2021 04:41PM

JOHOR BAHRU: Kekalahan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia di tangan Kuala Lumpur City FC (KL City) pada Selasa lalu (30 Nov), tidak melunturkan semangat dan sokongan rakyat Johor terhadap skuad itu.

Menteri Besar Johor Hasni Mohammad berkata sudah menjadi adat dalam sukan bola sepak ada yang kalah dan menang dalam pertandingan.

“Kita orang Johor tetap berbangga dengan JDT. Ia tetap menjadi satu pasukan yang ulung dalam negara, selalunya bila JDT main, satu negara akan sokong (pihak) yang lawan JDT.

“Jadi kita bukan lawan KL City tapi kita lawan Malaysia," katanya berseloroh ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Kebun Bandar sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2021 peringkat negeri Johor hari ini.

Pada perlawanan akhir pada 30 November lalu, KL City menjulang trofi Piala Malaysia selepas penantian 32 tahun dengan menewaskan JDT 2-0 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan