Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kejuaraan Pencak Silat Dunia ditunda ke tahun depan angkara COVID-19

Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-20 yang dijadual berlangsung Ogos ini di Kuching, Sarawak ditunda ke tahun hadapan, kata Pemangku Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Md Sohaimi Mohamed Shah pada Isnin (8 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Kejuaraan Pencak Silat Dunia ditunda ke tahun depan angkara COVID-19

Atlit dari Thailand bersiap sedia sebelum masuk gelanggang Kejuaraan Pencak Silat Sedunia 2018. (Gambar: Facebook/PERSISI)

Diterbitkan : 09 Jun 2020 04:12PM Dikemas Kini : 09 Jun 2020 04:19PM

KUANTAN: Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-20 yang dijadual berlangsung Ogos ini di Kuching, Sarawak ditunda ke tahun hadapan, kata Pemangku Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Md Sohaimi Mohamed Shah pada Isnin (8 Jun).

Beliau berkata penangguhan itu tidak dapat dielakkan setelah mengambil kira situasi pandemik COVID-19 di seluruh dunia dan juga Malaysia yang masih belum berakhir.

"Delegasi Pesaka akan ke Sawarak dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai tarikh baru (kejuaraan) selain mendapatkan pandangan pihak berkaitan dalam isu keselamatan dan kesihatan semasa penganjurannya nanti,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata berdasarkan perancangan awal, lebih 1,000 atlit dan pegawai daripada 70 negara akan mengambil bahagian dalam kejuaraan tersebut.

Pada Ahad (7 Jun), Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos, menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir hari ini.

Bagi tempoh PKPP itu, aktiviti sukan yang melibatkan sentuhan badan tidak dibenarkan. 

Sumber : Bernama/AW/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan