Kejuaraan Kelab ASEAN: Lion City Sailors kalah 3-1 di tangan JDT
Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen Kumpulan B Kejohanan Kelab ASEAN dengan bergaya apabila mengalahkan Lion City Sailors (LCS) 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Khamis (21 Ogos).
Pemain JDT, Hector Alejandro Havel Serrano (Tengah) cuba merampas bola yang dikawal pemain Lion City Sailors FC, Rui Miguel Guerra Pires (dua dari kanan) pada perlawanan Kejohanan Kelab ASEAN di Stadium Sultan Ibrahim pada 21 Ogos 2025. (Gambar: Bernama)
Penyerang import Brazil Joao Vitor Brandao Figueredo menjadi watak utama bagi kemenangan Harimau Selatan selepas meledak dua gol pantas dalam tempoh 16 minit pertama permainan.
Gol pembukaan hadir menerusi tendangan penalti pada minit ke-11 yang disempurnakan dengan oleh Figueredo, sebelum menggandakan jaringan lima minit kemudian.
Penyerang muda JDT Arif Aiman Mohd Hanapi meletakkan tuan rumah pada kedudukan selesa apabila menjaringkan gol ketiga pada masa tambahan.
Bagaimanapun, wakil Singapura yang tidak pernah putus asa akhirnya memperoleh gol sagu hati pada minit terakhir perlawanan menerusi Muhammad Shawal Anuar.
Kemenangan pertama JDT meletakkan juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu di tangga teratas kumpulan dengan tiga mata.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.