Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kejohanan Silat Antara Institusi Pengajian Tinggi kembali selepas pandemik; peraturan dikemas kini

Anggaran Waktu Membaca:
Kejohanan Silat Antara Institusi Pengajian Tinggi kembali selepas pandemik; peraturan dikemas kini

Gambar: Singapore Silat Federation

BERITAmediacorp: Kejohanan Silat Antara Institusi Pengajian Tinggi kembali selepas tiga tahun dibatalkan akibat pandemik COVID-19. Berlangsung selama tiga hari dari Jumaat (7 Okt) hingga Ahad (9 Okt), edisi kali ini disertai 367 mahasiswa dari 12 institusi pengajian tinggi (IHL) di Singapura.

Sebelum pandemik dulu, temasya itu diadakan di ruang tertutup di Hearbeat @ Bedok. Kali ini ia bertempat di kemudahan berbumbung di Anjung @Wisma Geylang Serai seluas lebih 1,800 meter persegi.

Penyertaan bakat dari Sekolah Sukan Singapura buat julung-julung kalinya dijangka menghangatkan lagi pertandingan bermula malam ini.

Mentelah lagi, dengan mahasiswa mempunyai masa tiga tahun untuk berlatih dan menyesuaikan diri dengan peraturan-peraturan baru, pastinya persaingan lebih sengit tahun ini berbanding tiga tahun lalu.

Bagi kategori seni - Regu, Ganda dan Tunggal, para pesilat tidak lagi akan mempersembahkan gerakan mereka sekali sahaja. Mereka kini akan bertanding dengan lawan mereka secara langsung dan kedua-kedua peserta dinilai bersama seperti gaya kejohanan.

Dalam kategori pertempuran pula, kategori berat badan bawah 45 kg ditambah buat perlawanan kali ini.

Satu lagi perbezaan ialah jurulatih boleh membantah jika mereka merasakan jatuhan ke atas atlit mereka tidak sah. Wasit-Juri pula akan memainkan semula rakaman video jatuhan tersebut dan buat keputusan. Selepas pertandingan, pengurus pasukan juga boleh buat bantahan atas keputusan pertandingan tersebut.

Selain daripada itu, peraturan dari Pertandingan Pencak Silat Peringkat Antarabangsa yang dilancarkan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa diterapkan juga dalam kejohanan kali ini. Ini bermakna pesilat boleh menyiku dan menyerang menggunakan lutut mereka, sesuatu yang tidak dibenarkan tiga tahun lalu. Mereka juga boleh membentes paha lawan mereka jika diikuti dengan serangan. Perkembangan ini akan membuat temasya kali ini lebih mendebarkan bagi penonton.

Pada edisi ke-18, tiga tahun lalu, Politeknik Republik membolot 14 pingat emas, tiga pingat perak dan 4 pingat gangsa, sekali gus dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan tersebut.

Malangnya, tahun ini anugerah juara keseluruhan dan anugerah atlit terbaik ditiadakan. Hanya pingat bagi pemenang individu akan diberikan.
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan