Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kejohanan golf SG dibatalkan selepas hujan lebat turun semalaman

Acara pro-am Kejohanan Dunia Wanita HSBC terpaksa dibatalkan pada Rabu (1 Mac) disebabkan hujan lebat semalaman.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Acara pro-am Kejohanan Dunia Wanita HSBC terpaksa dibatalkan pada Rabu (1 Mac) disebabkan hujan lebat semalaman.

Demikian diumumkan pihak penganjur pada pagi tadi.

"Keputusan wajar itu" diambil selepas hujan lebat sekitar 200 milimeter turun mencurah di lokasi kejohanan sukan golf itu - iaitu di padang golf Tanjong Course di Kelab Golf Sentosa - semalaman, dengan lebih banyak hujan diramalkan turun pada sebelah pagi, kata pengarah kejohanan itu, Becky Harding.

"Kami sedang bekerjasama dengan pasukan hebat di Sentosa dan yakin di peringkat ini bahawa Kejohanan itu dapat bermula esok mengikut jadual," katanya.

Kejohanan itu berlangsung sehingga Ahad.

Menurut laman maklumat cuaca Khidmat Kaji Cuaca Singapura (Met Service), setakat pukul 9.00 pagi tadi, jumlah hujan yang turun mencurah di Pulau Sentosa sepanjang tempoh 12 jam lalu adalah 140.9 milimeter.

Hujan berterusan disaksikan di beberapa kawasan sejak malam semalam, dengan beberapa tempat di bahagian timur Singapura mengalami lebih banyak hujan berbanding kawasan lain pada pagi ini.

Misalnya, Pasir Ris mencatatkan paras hujan sebanyak 135.6 milimeter sepanjang 12 jam lalu, manakala Pulau Ubin mencatatkan jumlah hujan sebanyak 147.2 milimeter.

Suhu pada pagi ini juga jatuh ke paras serendah 21.1 darjah Celsius di bahagian tengah Singapura.

Tempat-tempat lain seperti Clementi dan Jurong West mengalami suhu rendah yang jatuh ke 21.3 darjah Celsius dan 21.6 darjah Celsius sebelum pukul 5.00 pagi tadi.

Ramalan suhu 24 jam untuk hari ini dijangka berada antara 22 hingga 26 darjah Celsius.

Pusuan monsun yang kini menjejas bahagian selatan Johor dan Singapura sejak pagi 28 Februari diramalkan berterusan sehingga Rabu, menurut Met Service.

Ia menambah pihaknya menjangkakan keadaan berawan dengan hujan renyai-renyai hingga sederhana sehingga lewat petang ini.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan