Kejohanan bekas jaguh dunia badminton diadakan di SG buat julung-julung kalinya Disember ini
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Singapura akan menjadi tuan rumah Cabaran Berpasukan Antarabangsa Brave Sword 2022, iaitu kejohanan badminton Siri Masters yang bakal diadakan di negara ini buat julung-julung kalinya.
Acara yang berlangsung dari 2 hingga 4 Disember nanti di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapore dianjurkan oleh Akademi Badminton Brave Sword, disokong oleh Persatuan Badminton Singapura.
Pasangan legenda badminton Indonesia, Alan Budikusuma dan Susi Susanti, akan menjadi tetamu terhormat kejohanan Masters tersebut.
Sebanyak 19 pasukan dari pelbagai negara akan membuat penampilan, termasuk jaguh-jaguh badminton dari Indonesia, Malaysia, India, Australia, Thailand dan Myanmar.
Antara pemain yang bakal beraksi ialah juara Olimpik 2016, Liliyana Natsir, pemenang Pingat Perak Olimpik 1992, Eddy Hartono dan bekas pemain Nombor Satu dunia, Tan Boon Heong.

Persatuan Badminton Singapura juga akan membentuk pasukan terdiri daripada bekas pemain-pemain negara.
Bekas pemain pasukan Indonesia dan Hong Kong, yang sekarang bertugas sebagai Jurulatih Akademi Brave Sword, Fernando Kurniawan, melahirkan perasaan teruja dapat bersua dengan pemain-pemain badminton terulung dari merata dunia di bawah satu bumbung.
"Saya rasa semua penonton akan dapat menikmatinya kerana tidak mudah untuk membawa masuk semua jaguh itu ke sini.
"Untuk Singapura, ini adalah pertama kali kejohanan Masters diadakan. Jadi, saya rasa ini yang cukup menarik untuk semua untuk hadir untuk menonton begitu ramai jaguh selebriti yang akan hadir di sini," ujar Encik Fernando.
Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman akan membuat penampilan dalam satu perlawanan muhibah.
Kejohanan selama tiga hari itu akan menampilkan acara-acara berikut:
- Beregu campuran 80+ (pemain lelaki berusia 45 tahun dan ke atas; pemain wanita berusia 30 tahun dan ke atas);
- Beregu Lelaki 70+ (usia minimum 30 tahun); dan
- Beregu Lelaki 100+ (usia minimum 40 tahun)
Cabaran Berpasukan Antarabangsa Brave Sword 2022 di Dewan 601/602 yang berlangsung dari 2 Disember hingga 4 Disember 2022 akan dibuka untuk disaksikan oleh orang awam, namun dengan tempat duduk terhad.

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.