Kejohanan Akuatik Sedunia: Jonathan Tan catat prestasi terbaik acara saringan gaya bebas 100m lelaki
Perenang negara Jonathan Tan mencatat prestasi terbaiknya dalam pusingan saringan acara renang gaya bebas 100 meter lelaki. (Gambar: Instagram/Singapore Aquatics)
Atlet berusia 23 tahun itu mencatat masa 49.62 saat, hampir menyaingi prestasinya di Sukan Olimpik Paris pada tahun lalu, apabila beliau mencatat masa 49.60.
Tan menamatkan perlumbaan di tempat ke-38 daripada 110 perenang, dan gagal mara ke pusingan separuh akhir.
Dalam pusingan saringan bagi acara renang gaya kupu-kupu 200 meter wanita, Quah Jing Wen menyifatkan prestasinya sebagai "mengecewakan".
Quah menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dan empat saat melepasi rekod peribadi terbaiknya.
Anda boleh mengikuti Kejohanan Akuatik Sedunia Singapura 2025 secara langsung atau menerusi mewatch sehingga 3 Ogos ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.