Skip to main content

Sukan

Kejohanan Akuatik Dunia: Pasukan polo air SG kalah di tangan Brazil

Pasukan polo air lelaki Singapura kalah 8-19 di tangan Brazil dalam pusingan kelayakan Kejohanan Akuatik Dunia pada pagi Sabtu (12 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Kejohanan Akuatik Dunia: Pasukan polo air SG kalah di tangan Brazil

Pasukan polo air Singapura kalah di tangan Brazil. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Pasukan polo air lelaki Singapura kalah 8-19 di tangan Brazil dalam pusingan kelayakan Kejohanan Akuatik Dunia pada pagi Sabtu (12 Jul).

Ini meletakkan pasukan Singa di kedudukan terakhir dalam Kumpulan C, di belakang Brazil, Amerika Syarikat dan Kanada.

Tujuh daripada gol pasukan Singapura dijaringkan dalam separuh kedua.

Singapura akan menentang Kanada pula pada Isnin akan datang.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita