Skip to main content

Sukan

Kejohanan Akuatik Dunia dibuka rasmi di SG

Kejohanan Akuatik Dunia yang bakal menampilkan aksi beberapa atlet renang ternama di dunia, diisytiharkan dibuka secara rasmi pada Khamis (10 Jul).
 

Anggaran Waktu Membaca:
 Kejohanan Akuatik Dunia dibuka rasmi di SG

Presiden Tharman Shanmugaratnam berucap di majlis pembukaan Kejohanan Akuatik Dunia 2025 pada 10 Julai 2025, di Singapura. (Gambar: CNA/Lim Li Ting)

SINGAPURA: Kejohanan Akuatik Dunia yang bakal menampilkan aksi beberapa atlet renang ternama di dunia, diisytiharkan dibuka secara rasmi pada Khamis (10 Jul).

Majlis pembukaan Kejohanan Akuatik Dunia 2025 diadakan di Singtel Waterfront Theatre dan dihadiri oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam, Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia David Neo, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu dan Menteri Undang-Undang Edwin Tong.

Turut hadir di acara itu adalah Presiden World Aquatics Husain Al Musallam.

Kejohanan itu akan diadakan di Singapura dari 11 Julai hingga 3 Ogos, dijangka dihadiri oleh kira-kira 40,000 pelawat antarabangsa - terdiri daripada para penonton, atlet, pegawai, kru produksi dan media.

Ini adalah kali pertama kejohanan itu dianjurkan oleh sebuah negara Asia Tenggara.

Kejohanan itu menampilkan enam acara renang iaitu polo air, terjun cantik, renang artistik, renang air terbuka dan terjun tinggi.

Dalam ucapannya, Presiden Tharman berkata ia "satu penghormatan besar" bagi Singapura untuk menjadi tuan rumah kejohanan itu.

"Seperti yang disaksikan oleh Kapten Husain, ia adalah detik istimewa bagi Singapura kerana ia juga merupakan tahun kita menyambut ulang tahun ke-60 kemerdekaan Singapura,” kata Presiden Tharman.

Beliau menambah walaupun di tengah-tengah persaingan, sukan tetap berupaya menyatukan.

“Namun apa yang turut kita raikan, dengan cara yang senyap namun mendalam, ialah bagaimana sukan dapat menyatukan kita, walaupun kita menyokong pasukan yang berbeza,” tambahnya.

"Dalam dunia yang semakin berpecah belah, sukan mengingatkan kita bahawa kita boleh berusaha bersama, walaupun kita bersaing; bahawa kita boleh menonjolkan sifat kemanusiaan bersama."

Kira-kira 2,500 atlet dari seluruh dunia akan bersaing dalam lebih 77 acara berpingat.

Singapura juga akan menerima ketibaan hampir 6,000 atlet bagi acara Kejohanan Masters Akuatik Dunia.
Sumber : CNA/NI/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita