Kejohanan Akuatik Dunia: Acara renang air terbuka di Sentosa diteruskan, mutu air catat 'peningkatan ketara'
Acara renang air terbuka dalam Kejohanan Akuatik Dunia akan diteruskan pada petang Rabu (16 Jul) selepas keputusan ujian kualiti air menunjukkan “peningkatan ketara”.
Lokasi acara renang air terbuka untuk Kejohanan Akuatik Dunia di Singapura di Sentosa berhampiran Palawan Beach pada 7 Julai 2025. (Gambar fail: CNA/Syamil Sapari)
Dalam satu kenyataan media pada pagi Rabu, badan induk sukan itu menyatakan bahawa keputusan daripada tiga sampel yang diambil di sepanjang laluan perlumbaan pada Selasa pukul 5.00 petang menunjukkan tahap bakteria E. coli berada dalam julat “baik” hingga “cemerlang”, menurut peraturan World Aquatics dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Pemantauan dan ujian mutu air secara berkala diteruskan sepanjang tempoh kejohanan bagi memastikan keselamatan atlet, dengan aspek kesihatan dan keselamatan semua peserta kekal menjadi panduan utama bagi semua keputusan berkaitan pertandingan,” menurut World Aquatics.
Acara 10km lelaki dan 10km wanita masing-masing akan berlangsung pada pukul 1.00 petang dan 4.00 petang.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.